30/03/2021
Setelah lama Tepoh Cakna Cycling Team (TCCT) tidak beraktiviti, hari ini dapat menjenguk sebahagian penduduk di Kampung Jeram Hilir dalam misi menyantuni masyarakat sempena Ramadhan al-Mubarak. Walaupun tidak sempat menjenguk seluruh rumah penduduk, ziarah santai ini cukup bermakna.
Kami rakamkan penghargaan buat Pengerusi JPKK Jeram Hilir dan Pengerusi Masjid Jeram Hilir yang sama-sama mengiringi semua peserta berbasikal ke kampung ini. InsyaAllah, kami akan susuli lagi ke lokasi-lokasi lain selepas ini secara berbasikal dan berkebajikan.