Jejak Warisan Kuala Selangor

Jejak Warisan Kuala Selangor Selamat datang ke Page Jejak Warisan Kuala Selangor

Min mewakili semua ahli Grup Jejak Warisan Kuala Selangor mengucapkan'SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA ...
11/03/2024

Min mewakili semua ahli Grup Jejak Warisan Kuala Selangor mengucapkan

'SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA PENGIKUT GRUP SEMOGA RAMADAN KALI INI LEBIH BERMAKNA PADA DIRI KITA SEMUA.'

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan

27 Disember 2023 | KEBERANGKATAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGAKAT MENUNAIKAN SOLAT JU...
27/12/2023

27 Disember 2023 | KEBERANGKATAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGAKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID RAJA LUMU BERSAMA DYMM SULTAN SELANGOR, KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG DAN RAJA MUDA SELANGOR.

Pada 15 Disember 2023 Hari Jumaat yang lepas Masjid Raja Lumu telah mendapat perkenan KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG untuk menunaikan solat jumaat di Masjid Raja Lumu.

Peristiwa bersejarah ini telah dirakam oleh beberapa FB yang sempat admin kunjungi iaitu FB Istana Negara, FB Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan FB Masjid Raja Lumu.

Amat beruntung kepada rakyat Kuala Selangor diatas kunjungan KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG serta DYMM SULTAN SELANGOR kerana telah memilih Masjid Raja Lumu dan Kuala Selangor sebagai destinasi semasa pemerintahan baginda.

Min teringat p**a sejarah lama semasa zaman Sultan Ibrahim Sultan Selangor ke Dua yang meminta pertolongan Pahang dalam menghadapi peperangan terhadap belanda. Dan tidak lupa juga peperangan Selangor-Pahang yang berlaku pada zaman Raja Mahadi.

Lebih menarik jika Baginda dibawa melawat dan menziarahi perkuburan Para pejuang yang tewas di Kawasan Permatang.

Alfatihah semoga mereka yang berjuang dan telah pergi meninggalkan kita mendapat ampunan dan ditempatkan mereka ke dalam syurga.

Berikut adalah petikan-petikan penulisan dari beberapa FB yang min sebutkan tadi.

Semoga peristiwa bersejarah ini akan terakam oleh Pertubuhan Jejak Warisan Kuala Selangor untuk generasi akan datang.

PETIKAN DARI FB Istana Negara

15 Disember 2023 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Lumu di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan hari ini.

Turut berangkat, DYMM Sultan Selangor, KDYMM Pemangku Raja Pahang dan DYTM Raja Muda Selangor.

Al-Sultan Abdullah berangkat tiba di masjid itu pada jam 1 tengah hari.

Khutbah Jumaat bertajuk 'Raja Berdaulat Menjunjung Kasih Titah Ditaat' disampaikan Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Muhammad Farhan Wijaya.

Seri Paduka Baginda bersama kira-kira 700 jemaah kemudian menunaikan solat Jumaat diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar.

Seri Paduka Baginda kemudiannya berkenan meluangkan masa menyantuni dan bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat ke majlis santapan tengah hari.

Sultan Selangor berkenan merasmikan Masjid Raja Lumu pada 6 Oktober tahun lalu yang sebelum ini dikenali sebagai Masjid Pekan Lama Kuala Selangor.

Sultan Sharafuddin memberi perkenan mengiktiraf Masjid Raja Lumu yang dinaik taraf dengan kos keseluruhan berjumlah RM10.4 juta sebagai Masjid Diraja yang ke-9 di negeri Selangor.

Masjid Raja Lumu dipilih sempena nama Raja Lumu yang merupakan Sultan Selangor pertama, dikenali sebagai Sultan Salehuddin Shah yang memerintah dari tahun 1766 hingga 1782.

PETIKAN DARI FB Majlis Perbandaran Kuala Selangor

DAULAT TUANKU

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat ke Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor untuk menunaikan solat jumaat.

Turut berangkat, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Seri Paduka bersama kira-kira 800 jemaah menunaikan solat Jumaat diimamkan oleh Imam Masjid Negeri, Sheikh Abdul Karim Omar. Baginda kemudian meluangkan masa bersalaman dengan jemaah dan berkenan berangkat ke majlis santapan.

Turut sama mengiringi, Yang Berhormat Dato' Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Yang Berusaha, Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS.

PETIKAN DARI Masjid Raja Lumu

15 Disember 2023 (Jumaat) - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat bagi menunaikan Solat F ardhu Jumaat di Masjid Raja Lumu Kuala Selangor di sini semalam.

Pada Majlis yang sama, turut berangkat DYMM Sultan Selangor, KDYMM Pemangku Raja Pahang dan DYTM Raja Muda Selangor yang dihadiri oleh lebih 700 orang jemaah sekitar Kuala Selangor.

Khutbah Jumaat khas bertajuk “Raja Berdaulat, Menjunjung Kasih Titah Ditaat” telah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor, YBhg. Ustaz Muhammad Farhan Wijaya bersempena keberangkatan Baginda.

DYMM Sultan Selangor turut berkenan mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Majlis Santapan Tengahari di Bukit Malawati selepas selesai menunaikan solat Fardhu Jumaat di Masjid Raja Lumu Kuala Selangor.

DAULAT TUANKU

MENJUNJUNG KASIH TUANKU

MASJID IMARAH KOMUNITI BARAKAH

PIHAK PENGURUSAN MASJID RAJA LUMU KUALA SELANGOR

Kredit gambar

Majlis Perbandaran Kuala Selangor
Istana Negara
Masjid Raja Lumu

Daulat Tuanku

Yaposta

SALAM DAN SEJAHTERAJEMPUTAN KEPADA SEMUA PEMINAT SEJARAH TEMPATAN TERUTAMANYA BERKENAAN SEJARAH SELANGOR KHASNYA KUALA S...
22/12/2023

SALAM DAN SEJAHTERA

JEMPUTAN KEPADA SEMUA PEMINAT SEJARAH TEMPATAN TERUTAMANYA BERKENAAN SEJARAH SELANGOR KHASNYA KUALA SELANGOR DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRKAN DIRI ATAU MENONTON SECARA LIVE DI FACEBOOK PPAS.

SATU WACANA YANG JARANG DIBICARAKAN MALAH MASIH RAMAI TIDAK MENGETAHUI KEWUJUDAN NESAN ACEH YANG MENJADI TITIK TOLAK PERMULAAN SEJARAH KUALA SELANGOR DAN SELANGOR YANG SEMESTINYA EKSKLUSIF DISAMPAIKAN OLEH AHLI PERTUBUHAN JEJAK WARISAN KUALA SELANGOR.

WACANA SEJARAH KUALA SELANGOR 2023 SIRI 3

Tajuk : "KEWUJUDAN NESAN BATU ACEH DI KUALA SELANGOR - PENEMUAN DAN KAJIAN"
Pembentang : SAUDARI PUAN NORAZRIDZA AHMAD ZAHRI
Tempat : PERPUSTAKAAN PEKAN BESTARI JAYA, KUALA SELANGOR
Tarikh dan Masa : 23/12/2023 (SABTU) 10AM-12PM

Maklumat lanjut &
Pendaftaran Percuma :
bit.ly/WS-KS-2023

SELAMAT BERWACANA KEPADA SEMUA

Mohon SHAREKAN ye percuma sahaja biar ramai yang dapat ilmu bermanfaat .

Admin Ensem

Salam Dan Sejahtera11 Disember 2023 | Ulangtahun Keputeraan Ke - 78 DYMM SULTAN SELANGORDi Kesempatan Ini Min Bagi Pihak...
10/12/2023

Salam Dan Sejahtera

11 Disember 2023 | Ulangtahun Keputeraan Ke - 78 DYMM SULTAN SELANGOR

Di Kesempatan Ini Min Bagi Pihak Kuala Selangor Indah Dan Bersejarah Official ™️ dan Jejak Warisan Kuala Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun DYMM Sultan Selangor yang ke 78 Semoga Allah Lanjutkan Usia dan Merahmati Pemerintahan Tuanku.

DAULAT TUANKU

Rakyat Selangor Dan Penduduk Kuala Selangor

Yaposta

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard!Iepon Cikmadi, Noraini Ismail, Isa Arifin, Mohd Faizal Ram...
22/09/2023

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard!

Iepon Cikmadi, Noraini Ismail, Isa Arifin, Mohd Faizal Raman, Darwish Mikael

16 September 2023 | Hari Pembersihan SeduniaAlhamdullilah pagi ini Pertubuhan Jejak Warisan Kuala Selangor telah di jemp...
16/09/2023

16 September 2023 | Hari Pembersihan Sedunia

Alhamdullilah pagi ini Pertubuhan Jejak Warisan Kuala Selangor telah di jemput untuk menghadiri satu aktiviti yang telah dijalankan diseluruh dunia iaitu Hari Pembersihan Sedunia (WCD) 2023 yang telah di laksanakan di Pantai Remis Jeram, Kuala Selangor.

Program yang pertama kalinya dijemput dan diikuti telah berjaya dihadiri oleh beberapa ahli pertubuhan yang aktif diantaranya Tuan Pengerusi Pertubuhan Tuan Ahmad Nasir yang telah hadir bersama isteri beliau.

Dengan Tema Jom Selamatkan Pantai Kita ini telah dianjurkan oleh NGO utama iaitu Skuad Alam Sekitar Bestari Malaysia (SASTARI), Persatuan Kembara Sosial Dan Rekreasi (PKSR), Institut Penyelidikan Perubatan (KELAB IMR), Wakil Adun Jeram,Penghulu Mukim Jeram, dan Ketua Kampung Pekan Jeram.

Program ini juga telah mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Kuala Selangor , TNB Malaysia, yang turut hadir iaitu CEO TNB, YDP Pelitawanis TNB Kebangsaan, Chief Regulatory & Stakeholders, YDP Pelitawanis TNB Ibupejabat, Kelab Kilat.Serta Rakan Bersama Iaitu SW Corp Malaysia.

Anggaran kehadiran adalah lebih kurang 100 lebih sukarelawan yang telah bersama turun dan membersihakan kawasan di sepanjang Pantai Remis ini.

Semoga program ini dapat dilaksanakan setiap Tahun agar mesej kebersihan pantai dapat di capai dan seterusnya dapat memupuk semangat kebersihan di dalam setiap diri masyarakat apabila mengunjungi ke Pusat Rekreasi awam dapat menjaga kebersihan agar imej kawasan berkenaan dapat dikekalkan kecantikannya.

Inshallah perancangan selepas ini pembersihan di Bukit Jeram dan di Bukit Keramat akan dilaksanakan p**a.

Seronok jugak kan buat aktiviti pembersihan pantai ni kan.

Yaposta

SALAM DAN SEJAHTERA Saya Mewakili Pertubuhan Jejak Warisan Kuala Selangor ingin menjemput kepada semua yang meminati Sej...
05/09/2022

SALAM DAN SEJAHTERA

Saya Mewakili Pertubuhan Jejak Warisan Kuala Selangor ingin menjemput kepada semua yang meminati Sejarah Berkenaan Kuala Selangor dapat menghadirkan diri dalam Seminar Sejarah Kuala Selangor yang akan diadakan pada 10.September.2022 Sabtu di SDTC Atau Nama lamanya Kolej Inpens.

Pendaftaran dibuka untuk 200 Orang sahaja siapa cepat dia dapat.

Min berharap Seminar ini dapat dijayakan dengan kehadiran Tuan-tuan dan Puan-puan semua.

Para panelis yang terbaik yang akan menyampaikan pembentangan seminar mengikut kepakaran masing-masing.

Sama-samalah memeriahkan seminar julung kali yang akan diadakan ini oleh Pertubuhan kami bersama UNISEL DAN PADAT.Bolehlah kita berjumpa dan beramah mesra di seminar itu nanti.

SILA PASTIKAN BORANG KEHADIRAN DI GOOGLE FORM DIISI BAGI TUJUAN SIJIL PENYERTAAN DAN MAKANAN.

JIKA PENYERTAAN SUDAH PENUH MIN AKAN MAKLUMKAN KEMUDIAN.

JIKA ADA SUMBANGAN DARI WAKIL PERSEORANGAN ATAU SYARIKAT KAMI AMAT2 MEMERLUKAN UNTUK MEMBANTU KAMI.

SILA SHARE YE !!!!

TERIMA KASIH

YAPOSTA

💡 *Seminar Sejarah Kuala Selangor*

Daftar Sekarang di http://tinyurl.com/daftarssks

📆 10 September 2022 (SABTU)
⏰ 8.30 pagi - 4.00 petang
🏁 Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) https://goo.gl/maps/feTe5gayWTwq5h6k7

*Anjuran*
🔹Universiti Selangor
🔹Pertubuhan Jejak Warisan Kuala Selangor
🔹Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor

*_Penyertaan Percuma_*

🍽️ Sarapan dan Makan Tengah hari disediakan
📜Sijil turut diberikan kepada semua peserta

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2022.Sempena Hari Kebangsaan dan Ha...
15/08/2022

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2022.

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2022, seluruh premis perniagaan, bangunan kerajaan, premis swasta serta seluruh rumah kediaman di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk bersama-bersama mengibarkan Jalur Gemilang bermula 1 Ogos 2022 hingga 16 September 2022.





5 Ogos 2022 - Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-62 KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Aziz...
05/08/2022

5 Ogos 2022 - Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-62 KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

PJWKS Akan Membuat Pameran Sejarah Di Karnival Kuala Selangor 2022 Di Depan Masjid Pekan Lama Kuala Selangor (Laluan Sen...
04/08/2022

PJWKS Akan Membuat Pameran Sejarah Di Karnival Kuala Selangor 2022 Di Depan Masjid Pekan Lama Kuala Selangor (Laluan Seni Malawati).Antara Yang akan Dipamerkan Seperti Pameran Pitis(Duit² Lama),Pameran Busana, Pameran Buku Sejarah Dan Slideshow Aktiviti² JWKS.

PENEMUAN COP MOHOR DI KG KEDAH MUKIM PASANGAN 1386 MASIHIPENEMUAN COP MOHOR OLEH PENJEJAK MATAWANG SELANGOR DI KG KEDAH ...
30/07/2022

PENEMUAN COP MOHOR DI KG KEDAH MUKIM PASANGAN 1386 MASIHI

PENEMUAN COP MOHOR OLEH PENJEJAK MATAWANG SELANGOR DI KG KEDAH MUKIM PASANGAN BEBERAPA TAHUN LEPAS TELAH MEMBANGKITKAN BEBERAPA PERSOALAN TENTANG KEWUJUDAN NEGERI SELANGOR INI

MENURUT TUAN PUNYA YANG MENJUMPAI COP MOHOR INI IA MERUPAKAN MILIK SEORANG PEMBESAR YANG BERNAMA DATO HITAM PENGHULU SELANGOR.

MOHOR TERSEBUT DIKATAKAN TELAH WUJUD PADA TAHUN 787 HIJRAH ATAU BERSAMAAN 1386 MASIHI.DAN DIKATAKAN IA MERUPAKAN TARIKH BARU YANG TELAH DINYATAKAN BAHAWA KERAJAAN MELAKA TELAH WUJUD SEJAK ABAD KE 13 LAGI. DAN DIKATAKAN JUGA TAHUN INI BERSAMAA DENGAN TAHUN PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAKA YANG BERNAMA SULTAN MANSUR SYAH.

BOLEHLAH DIKATAKAN JUGA BAHAWA NEGERI SELANGOR ATAU KUALA SELANGOR LEBIH TEPAT LAGI , DAHULU JUGA BERADA DIBAWAH PUSAT PEMERINTAHAN MELAKA MANAKALA DATO HITAM PENGHULU SELANGOR TELAH DILANTIK MENJADI PEMBESAR BAGI MENJAGA KAWASAN INI.

SEMOGA DENGAN JUMPAAN COP MOHOR INI SEDIKIT SEBANYAK SEJARAH BERKAITAN KUALA SELANGOR INI DAPAT DI BUKA DAN DI KAJI BAGI MEMASTIKAN BAHAWA SEJARAH DI KUALA SELANGOR INI AKAN TERUS TERBUKA DENGAN PELBAGAI LAGI KEJUTAN SEJARAH YANG TIDAK KITA KETAHUI.

MIN BERHARAP AGAR PIHAK-PIHAK YANG TERBABIT AKAN TERUS BERMINAT UNTUK MENGKAJI LAGI BERKENAAN PENEMUAN MATAWANG DAN LAIN-LAIN YANG DIJUMPAI DI DALAM DAERAH KUALA SELANGOR INI DAPAT DIKAJI DAN DIPERTONTOKAN KEPADA MASYARAKAT DI SEKITAR SELANGOR INI.

Sumber bahan dan maklumat : Mohamad Azmi Mat Rashid

CORETAN WARISANCATATAN SEJARAH WARISAN DAN SEJARAH KUALA SLEANGORInshallah JEJAK WARISAN KUALA SELANGOR akan berusaha me...
30/05/2022

CORETAN WARISAN

CATATAN SEJARAH WARISAN DAN SEJARAH KUALA SLEANGOR

Inshallah JEJAK WARISAN KUALA SELANGOR akan berusaha mengeluarkan Coretan atau Buletin mungkin 2 atau 3 bulan sekali.

Tujuannya adalah untuk berkongsi sebarang artikel dan setiap pengkisahan yang berlaku pada masa lalu dan kini akan terus di tulis atau dibukukan supaya ianya akan terus menjadi rujukan untuk generasi akan datang.

Semoga bermanfaat.

Admin afro

Yaposta

Address

Kuala Selangor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jejak Warisan Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share