01/08/2021
[ MASALAH POKOK LAYU DAN TAK CERIA SAMPAI SUASANA RUMAH TERASA MACAM LAYU]
"Bila tengah santai dirumah ,saya terasa macam tak ceria je,rupanya bukan saya saja rasa layu,pokok dekat rumah pun ikut sama layu "kata Encik Mad-peminat pokok bunga
Korang ada masalah pokokjadi layu dan mati di rumah?
Kami kepada anda kongsikan 4 sebab biasa buat pokok anda jadi macam tu :
1) Kekeringan Tanah
Semua makhluk perlu air untuk hidup termasuk tumbuhan. Banyak spesies tumbuhan dapat bertahan dalam keadaan tanah kering atau jadual penyiraman tak menentu. Namun kegagalan membekalkan air mencukupi terutama sewaktu tumbuhan mulai bertunas boleh mengakibatkan pucuk muda menjadi layu seterusnya menyebabkan tumbuhan mati.
2) Terlebih Siraman
Antara sebab utama tumbuhan berpasu mati adalah akibat terlebih siraman. Siraman yang terlalu kerap atau berlebihan menyebabkan akar rambu sentiasa basah, seterusnya menjadi rosak. Akar yang rosak menyebabkan tumbuhan gagal menyerap air dan nutrien yang diperlukan. Kesudahannya pokok menjadi layu, daun gugur dan akhirnya mati.
3) Cahaya Matahari Berlebihan
Kematian tumbuhan akibat pancaran terik matahari terjadi kepada jenis tumbuhan yang berasal daripada tempat teduh atau terlindung, dipindahkan secara mengejut ke kawasan yang terdedah kepada pancaran terus matahari. Perubahan suhu secara mendadak menyebabkan daun seperti tercelur dan hangus, seterusnya pokok boleh mati.
4) Kekurangan Cahaya
Tumbuhan memerlukan cahaya yang mencukupi untuk aktiviti fotosintesis. Pencahayaan yang suram di dalam rumah seperti di ruang tamu atau sudut yang jauh dari tingkap, walaupun tidak membunuh tumbuhan dalam jangkamasa pendek, namun suasana sebegini menyebabkan daun cepat bertukar menjadi kuning dan gugur. Kadar pembesaran tumbuhan menjadi terencat dan tidak akan berbunga. Untuk menjamin kesegaran pokok di kawasan seperti ini, tukarkan ia setiap dua minggu sekali.
BONUS !!! BAJANAS
Kenapa BAJANAS🤔??
✅Sesuai untuk semua tanaman
✅Organik tanpa najis hai