Legacy Ex_SMKKN

Legacy Ex_SMKKN Ex student & Ex player SMK Kuala Nerang dialu-alukan utk follow pages ini tak kira batch ...

04/02/2023

Perlawanan pertama untuk bulan Februari di antara Ex_SMKKN vs Bon Bonda Fc di padang Mini Stadium Kuala Nerang pada 05.02.2023 ( Ahad ).

Sedikit info tentang team opponent :

Bon Bonda Fc terdiri dari kalangan pemain² @ peminat sepak raga tuju yg " bernebankan " cikgu Zool Helmi Amri berpusat di rumah Bondanya sendiri di Kg Mani ( kalau tak salah admin ).

Selain itu, team ini juga disertai beberapa org pelajar sekolah yg merupakan anak didik cikgu Zool Amri sendiri. Kebanyakan pelajar sekolah ini merupakan pemain daerah & negeri bawah umur 15, & 17.

Bagi ex_SMKKN semua yg berkelapangan, marilah sama² hadir memberi sokongan disamping " berjejak kasih " dengan kawan² yg telah lama terputus hubungan.

21/01/2023

MATCH RESULT

EX_SMKKN 2 - 0 NGOSI FC

Well done guys ... 💪💪💪

21/01/2023

Match Day 21. 01. 2023

EX_SMKKN VS NGOSI FC

VENUE : MINI STADIUM PENDANG

KICK OFF : 0530 HRS

04/01/2023

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ...

Untuk makluman, pages ini diwujudkan bagi mengumpul ex student / ex player ( Tunas Cemerlang ) yg pernah menuntut & pernah mendiami ASRAMA di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang.

Ex student / ex player dengan TIDAK MENGIRA BATCH amat dialu²kan untuk follow pages ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yg telah lama terputus setelah kalian membawa haluan masing² selepas habis tingkatan 5 disamping mengimbau kembali moment² semasa berada di SMKKN suatu ketika dulu.

Selain itu juga, team Legacy Ex_SMKKN telah ditubuhkan & barisan admin serta pengurusan akan mengatur perlawanan persahabatan di sekitar Kedah khususnya sekurang²nya seminggu sekali bagi memastikan ahli² group ini sentiasa komit & aktif dgn team.

Tidak semestinya yg pernah mewakili sekolah atau ex player Tunas Cemerlang suatu ketika dahulu yg boleh join match yg di atur, sesiapa shj ex_SMKKN boleh join match tersebut, walaupun tidak aktif dgn apa² jenis sukan dulu.

Selain daripada perlawanan persahabatan, kita juga akan cuba untuk mengadakan reunion atau aktiviti² lain yg dpt mengumpulkan ex_SMKKN seramai boleh, contohnya bowling, badminton, futsal, E-sport dll ...

* Bagi ex_SMKKN yg terbaca post ini mohon bantu share & dihebahkan supaya ex_SMKKN yg lain dpt mengetahui akan kewujudan pages ini supaya dapat mengumpulkan sebanyak mana follower untuk kita plan event seterusnya.

Sekian terima kasih.

Address

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang
Kuala Nerang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Legacy Ex_SMKKN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category