Coach Amir - Accredited HRD Corp Trainer

Coach Amir - Accredited HRD Corp Trainer Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Coach Amir - Accredited HRD Corp Trainer, Coach, Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.
(1)

Saya ialah Coach Amir, Trainer HRD Corp yang membantu organisasi membina motivasi, semangat kerja dan kerjasama pasukan melalui pendekatan praktikal dan pengalaman sebenar.

𝗛𝗮𝗺𝗶𝗿𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗕𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱𝗶, atau lebih dikenali sebagai 𝗖𝗼𝗮𝗰𝗵 𝗔𝗺𝗶𝗿, merupakan seorang perunding latihan yang berdedikasi tingg...
07/05/2026

𝗛𝗮𝗺𝗶𝗿𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗕𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱𝗶, atau lebih dikenali sebagai 𝗖𝗼𝗮𝗰𝗵 𝗔𝗺𝗶𝗿, merupakan seorang perunding latihan yang berdedikasi tinggi dalam memperkasakan modal insan di seluruh Malaysia melalui latihan korporat dan motivasi remaja di sekolah-sekolah.

Dengan pengalaman luas selama 26 tahun dalam pelbagai industri, beliau telah memfokuskan 14 tahun terkini dalam bidang latihan dan motivasi secara konsisten. Sebagai anak jati Kuala Lumpur yang membesar dan menetap lama sejak kecil di Selangor, gelaran 'Motivator Selangor' cukup sinonim dengan identiti beliau.

Melalui 𝗣𝗼𝘀𝗶𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗩𝗶𝗯𝗲 𝗖𝗼𝗻𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻𝘁, beliau terus komited menyampaikan modul kemahiran insaniah, pembinaan pasukan, dan pengurusan maklumat demi melahirkan tenaga kerja yang dinamik dan berdaya saing.

Saya makan di Restoran Sithique di Jalan TAR, sekarang ini (11:35 pagi - 3 May 2026). Restoran ini sebenarnya pernah did...
03/05/2026

Saya makan di Restoran Sithique di Jalan TAR, sekarang ini (11:35 pagi - 3 May 2026). Restoran ini sebenarnya pernah didiami oleh Restoran A&W Jalan TAR (dipercayai) selama 40 tahun lebih. Kenangan datang kembali 💕

Sayu saya melihat tapak restoran ini sebab kerjaya pertama saya dalam hidup ialah menjadi kru Restoran A&W pada tahun 1993 ketika saya berada di tingkatan 4 (16 tahun). Mana tidaknya, teringat keindahan menjadi kru restoran yang penuh bahagia dan rakan-rakan sekerja yang ceria (dan juga makan makanan A&W free hari-hari 🤭).

Pernah juga sekali tu saya demam panas selama seminggu kerana terlalu komited bekerja (jaga dining pun seorang diri) dan juga pada masa itu saya kejar juga title 'Crew of the Month', tetapi barangkali saya hanya pekerja part time (pagi pergi sekolah), mungkinlah pekerja full time lebih diberikan kelebihan.

Natijahnya, seorang fighter tidak semestinya didendang oleh semua orang, tetapi Allah memberi saya peluang merebut pengalaman sehingga ada seorang kakak kru restoran ini (rakan sekerja) pernah berkata "Akak yakin kau akan jadi exec satu hari nanti".

Alhamdulillah, bermula sebagai pegawai muda di Library UM pada 2002, saya pernah juga jadi Head of Department di sebuah GLC pada 2009, Chief Librarian pada 2003, 2004, 2008 dan 2017 di beberapa buah organisasi ☺️

Menarik juga angan-angan ni ya? Sekitar 2009 dulu, saya pernah beli set golf lengkap dengan beg sebab masa tu saya sebag...
21/04/2026

Menarik juga angan-angan ni ya? Sekitar 2009 dulu, saya pernah beli set golf lengkap dengan beg sebab masa tu saya sebagai salah seorang HOD (Head of Department) amat digalakkan menyertai aktiviti golf bersama HOD yang lain. Maka saya pun belilah..

Alih-alih saya ditawarkan kerja di GLC (Government Link Company) yang lain p**a, langsung terkubur 'cita-cita' nak main golf tu sebab GLC di tempat baru tak adalah galakkan pun join permainan tu..

Sekarang dah 17 tahun cita-cita tu tergendala.. Seni swing dah berkarat dah pun, lama sangat dah tinggalkan. Tapi rasanya, berkat kesabaran, boleh polish lagi tu, insya Allah 🤲☺️

Hanya masa yang bakal menentukan samada saya mahu ke driving range sekali lagi atau tidak.. ✊✊✊

🎙️ Serlahkan Potensi Pasukan Anda Bersama Coach Amir!26 tahun pengalaman industri, 14 tahun membina minda di seluruh neg...
20/04/2026

🎙️ Serlahkan Potensi Pasukan Anda Bersama Coach Amir!

26 tahun pengalaman industri, 14 tahun membina minda di seluruh negara.

Jurulatih Terakreditasi HRD Corp dalam Kemahiran Insaniah (Soft Skills), Pembinaan Pasukan, Motivasi & Pengurusan Maklumat.

📍 Berpangkalan di Kuala Lumpur, tersedia untuk sesi latihan di seluruh negara.

💬 Bersedia untuk mentransformasi prestasi pasukan anda?

👉 WhatsApp sekarang: wa.me/60123978743
📧 [email protected]

𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗹𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘀𝗮𝗻𝗶𝗮𝗵 (𝘀𝗼𝗳𝘁 𝘀𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀) 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 (𝘁𝗲𝗮𝗺 𝗯𝘂𝗶𝗹𝗱𝗶𝗻𝗴) 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗻𝗱𝗮𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗕𝗠)

Alhamdulillah, masa form six dulu dah bergiat aktif dalam dunia kepimpinan tapi tiada rezeki mengetuai organisasi   kemu...
19/04/2026

Alhamdulillah, masa form six dulu dah bergiat aktif dalam dunia kepimpinan tapi tiada rezeki mengetuai organisasi kemudiannya masa umur-umur dekat ni. Tak mengapalah, Allah sentiasa mempunyai perancangan yang lebih cantik ❤️

Melawat Mabiq di lokasi baru ❤️Lebih baik vibe nya 👍
13/04/2026

Melawat Mabiq di lokasi baru ❤️
Lebih baik vibe nya 👍

25/03/2026

Konflik di Timur Tengah jejaskan global market. Kita bersedia ke dengan harga minyak yang melambung tinggi ⛽

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Coach Amir, isteri dan anak tercinta. Semoga syawal membawa ...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Coach Amir, isteri dan anak tercinta. Semoga syawal membawa keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan buat semua insan

Takde keje cari keje.. Briskwalking p**ak pagi ni.. Letih kena lawan dengan letih, tak boleh berehat-rehat sangat pagi-p...
09/03/2026

Takde keje cari keje.. Briskwalking p**ak pagi ni.. Letih kena lawan dengan letih, tak boleh berehat-rehat sangat pagi-pagi bulan puasa ni kan.. 😁😁😁

Baca paper sekejap awal-awal pagi ini. Membaca amalan mulia 👍
05/03/2026

Baca paper sekejap awal-awal pagi ini. Membaca amalan mulia 👍

Address

Keramat Wangsa
Kuala Lumpur
54200

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 12:00
15:00 - 16:30
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60123978743

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Coach Amir - Accredited HRD Corp Trainer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category