16/05/2016
Highlights antara pertembungan antara B'Liv Fc dan MyValencia Fc.
Cuaca petang yg redup damai gemilang asmara bagaikan merestui kemenangan B'Liv Fc kali ini walaupun keadaan padang yg lembut dan becak, mengganggu pergerakan dan rentak permainan kedua-dua pasukan.
Nak mendapat gol tidaklah semudah yang dijangka bila pihak lawan tangkas menyerang dan kental bertahan. Namun, tembok pertahanan lawan akhirnya runtuh dengan siri gol bertali arus hasil jaringan oleh Din, Ijai, Chuq dan Fifi (2 gol). Pujian harus diberikan kepada MyValencia kerana walaupun gagal menjaringkan gol, tetapi masih berbisa dengan larian larian larian pantas dan berupaya mencipta beberapa peluang berbahaya ke arah pintu gol B'Liv Fc oleh para pemain terbaik dan berbakat mereka.
Tahniah kepada kedua dua pasukan atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. An entertaining match from both side. WELL DONE B'Liv Fc & MyValencia Fc... Skillful & good technique.. Well Played!.. Amazing talents..
"The difference between the impossible and the possible lies in a person's determination."