03/01/2026
KELAB-KELAB DAN PENINJU GIAT SIAPKAN DIRI UNTUK TWINS CHAMPIONSHIP BOX SERIES
SEREMBAN, 31 Januari -01 Febuary 2026 – Suasana latihan di kelab-kelab tinju seluruh negara kini berada pada tahap maksimum apabila para peninju giat memperkemaskan persiapan menjelang penganjuran Twins Championship Box Series yang dijadualkan berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.
Kejohanan ini dijangka menghimpunkan kira-kira 260 orang peninju dari pelbagai negeri dengan lebih 130 perlawanan akan dipertandingkan melibatkan kategori kanak-kanak, remaja dan terbuka. Penganjuran berskala besar ini sekali lagi mengukuhkan kedudukan TWINS CHAMPIONSHIP BOX SERIES sebagai antara platform utama pembangunan bakat tinju amatur di Malaysia.
Menurut pemerhatian, kelab-kelab tinju kini meningkatkan intensiti latihan merangkumi aspek kecergasan fizikal, ketahanan mental serta taktikal perlawanan bagi memastikan atlet berada pada prestasi terbaik. Setiap peninju dilihat serius mempersiapkan diri, menyedari kejohanan ini bukan sekadar medan pertandingan, malah pentas penilaian dan pembuktian kemampuan sebenar.
TWINS CHAMPIONSHIP BOX SERIES terus menjadi medan penting kepada peninju muda untuk mengutip pengalaman bertaraf kejohanan besar, selain membuka peluang melangkah ke peringkat lebih tinggi pada masa hadapan. Sambutan daripada kelab, jurulatih dan peminat sukan tinju tempatan turut dilihat semakin memberangsangkan dari tahun ke tahun.
Dengan jumlah penyertaan yang tinggi serta jadual perlawanan padat sepanjang tiga hari penganjuran, kejohanan ini dijangka menyajikan aksi sengit dan penuh semangat juang, sekali gus menghidupkan lagi landskap sukan tinju tempatan.