Majlis Sukan Negara Malaysia

Majlis Sukan Negara Malaysia Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil
(7)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK BUKIT SENTOSA KE MAJLIS SUKAN NEGARA Majlis Sukan Negara (MSN) berbesar hati menerima kunjung...
13/06/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK BUKIT SENTOSA KE MAJLIS SUKAN NEGARA

Majlis Sukan Negara (MSN) berbesar hati menerima kunjungan seramai 40 orang pelajar dan empat orang guru dari SMK Bukit Sentosa, Rawang pada 12 Jun 2026 bagi program Lawatan Sambil Belajar.

Para pelajar telah dibawa melawat beberapa venue latihan atlet kebangsaan bagi melihat sendiri kemudahan dan persekitaran latihan yang digunakan dalam persediaan menghadapi kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Seterusnya, pelajar-pelajar mengikuti sesi taklimat ringkas yang memberikan pendedahan mengenai peranan Majlis Sukan Negara dalam pembangunan sukan prestasi tinggi negara. Bagi menguji kefahaman pelajar juga, sesi diteruskan dengan kuiz interaktif yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan dan kenangan kepada pihak sekolah atas kunjungan tersebut.



12/06/2026

SEMINAR WANITA DALAM SUKAN KEBANGSAAN 2026

BUKAN LAGI TENTANG KUOTA TAPI KUKUHKAN KEDUDUKAN




TIRAI SEMINAR WANITA DALAM SUKAN KEBANGSAAN 2026 RASMI DILABUHKANSeminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2026 melabuhkan t...
11/06/2026

TIRAI SEMINAR WANITA DALAM SUKAN KEBANGSAAN 2026 RASMI DILABUHKAN

Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2026 melabuhkan tirainya hari ini selepas berlangsung selama dua hari dengan menghimpunkan pemimpin sukan, atlet, ahli akademik dan penggerak industri dalam usaha memperkukuh agenda pemerkasaan wanita dalam sukan negara.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Encik Jefri Ngadirin yang turut menyampaikan penghargaan kepada semua peserta, panel dan penceramah yang telah menjayakan seminar ini.

Semoga segala idea, pandangan dan jaringan yang terhasil sepanjang seminar ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2026-2030 serta memperkukuhkan peranan wanita dalam landskap sukan negara.




11/06/2026

KEJOHANAN TREK BERBASIKAL KEBANGSAAN DAN KEJOHANAN TREK BERBASIKAL REMAJA KEBANGSAAN 2026

AKSI PERLUMBAAN AZIZULHASNI – SHAH FIRDAUS CURI TUMPUAN SULTAN PAHANG



11/06/2026

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DAN KURSUS BARISTA

MACE PERKASA ATLET MELALUI KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BARISTA



KEJOHANAN TREK BERBASIKAL KEBANGSAAN DAN KEJOHANAN TREK BERBASIKAL REMAJA KEBANGSAAN 2026Sultan Pahang, Al-Sultan Abdull...
10/06/2026

KEJOHANAN TREK BERBASIKAL KEBANGSAAN DAN KEJOHANAN TREK BERBASIKAL REMAJA KEBANGSAAN 2026

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli menyaksikan perlumbaan akhir acara keirin elit dan acara perlumbaan elimination lelaki Kejohanan Trek Berbasikal Kebangsaan dan Kejohanan Trek Berbasikal Remaja Kebangsaan 2026 di Velodrom Nasional Nilai.

Baginda turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Hadir sama, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan YB. Dr. Mohammed Taufiq Johari; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin.



MAJLIS PERASMIAN SEMINAR WANITA DALAM SUKAN 2026 DAN PELUNCURAN PELAN TINDAKAN WANITA DALAM SUKAN 2026-2030Menteri Belia...
10/06/2026

MAJLIS PERASMIAN SEMINAR WANITA DALAM SUKAN 2026 DAN PELUNCURAN PELAN TINDAKAN WANITA DALAM SUKAN 2026-2030

Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq Johari merasmikan Seminar Wanita Dalam Sukan 2026 dan Peluncuran Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2026-2030 yang diadakan di Dewan Banquet, Casa 4 Majlis Sukan Negara.

Seminar dua hari ini melibatkan penyertaan hampir 200 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk atlet, jurulatih, pentadbir persatuan sukan, ahli akademik, wakil badan bukan kerajaan, sektor korporat dan penggiat industri.

Bersempena dengan seminar ini juga, turut berlangsung Peluncuran Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan (PTWDS) 2026-2030 yang menggariskan lima teras strategik utama yang merangkumi keseluruhan 30 program pelaksanaan eksekutif, iaitu pengukuhan polisi dan tadbir urus, peningkatan profesionalisme, pemerkasaan penyertaan dan penglibatan, pemantapan penyelidikan dan pembangunan berasaskan data serta peluasan promosi dan advokasi rentas sektor.

Majlis perasmian turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail; Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Megat D. Shahriman Dato’ Zaharudin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin.



Saksikan Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2026 secara langsung pada:📅 10 Jun 2026 (Rabu) | ⏰ 10.00 pagi📅 11 Jun 202...
09/06/2026

Saksikan Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2026 secara langsung pada:

📅 10 Jun 2026 (Rabu) | ⏰ 10.00 pagi
📅 11 Jun 2026 (Khamis) | ⏰ 10.30 pagi

Ikuti perkongsian dan perbincangan yang mengetengahkan peranan, pencapaian serta pemerkasaan wanita dalam sukan.

📺 Tonton siaran langsung di:
YouTube & Facebook Live
Majlis Sukan Negara Malaysia




KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DAN KURSUS BARISTASekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE), Majlis Sukan Negara (MSN)...
09/06/2026

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DAN KURSUS BARISTA

Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE), Majlis Sukan Negara (MSN) telah menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan dan Kursus Barista kepada atlet-atlet di bawah Program MSN.

Kursus selama dua hari ini bertujuan memberikan pendedahan dan kemahiran asas dalam bidang pengendalian makanan serta penyediaan minuman sebagai barista, di samping memupuk minat terhadap keusahawanan dan peluang kerjaya dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Kursus Pengendalian Makanan telah dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala Kursus Barista dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha MACE MSN dalam memperkasakan pembangunan kerjaya atlet serta menyediakan mereka dengan kemahiran tambahan sebagai persediaan menghadapi kehidupan selepas arena sukan.



09/06/2026

MESYUARAT PROGRAM PENYEDIAAN ATLET TEMASYA SUKAN SEA 2027 BERSAMA PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN

MSN MAHU PERSIAPAN ATLET DIPERKASA LEBIH AWAL



Address

Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389929600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Sukan Negara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category