10/05/2026
Salam takziah buat ahli keluarga Myko..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..amin..
SALAM TAKZIAH
Dukacita dimaklumkan bahawa Mohamad Khairul Abdillah @ Myko, bekas pemain kebangsaan, pemain skuad Piala Agong Kelantan 2026 serta pemain skuad Bunga Raya 7s yang pernah menyumbang pingat emas buat Malaysia di temasya Sukan SEA 2017, telah menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat arena ragbi negara dan negeri Kelantan.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga serta sahabat handai Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.