12/06/2026
Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi bulan Jun 2026 yang membawakan tema Hari Gawai dan Kaamatan telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Podium B, Menara KBS.
Majlis pada bulan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha KBS serta dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), IMPACT Integrated, dan Institut Sukan Negara (ISN). Tahniah diucapkan kepada penganjur! 👏
Banyak pengisian yang padat dan bermakna sepanjang majlis berlangsung, antaranya:
✨ Ucapan Amanat oleh YBhg. Dato' KSU
🏆 Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan KBS, Anugerah EKSA ILKBS & Anugerah PTJ Cemerlang
🚀 Peluncuran Pelan Pembangunan Profesionalisme Pegawai Belia dan Sukan
🥋 Pra-Perasmian Kejohanan Sukan Tempur Kebangsaan
🎂 Meraikan warga baharu serta kelahiran warga KBS bagi bulan Jun!
Lebih menarik lagi, warga KBS turut mengambil peluang untuk menyemak tahap kesihatan masing-masing menerusi program Saringan Kesihatan yang dibawakan khas oleh pihak ISN. Antara pemeriksaan yang disediakan termasuklah:
🩺 Pemeriksaan BMI & Tanda Vital (Tekanan Darah, Kadar Nadi, SpO2)
🩸 Ujian Makmal (Kolesterol & Gula)
⚖️ Pemeriksaan Komposisi Tubuh Badan (BIA)
👨⚕️ Sesi Konsultasi bersama Doktor
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah yang mempamerkan kecemerlangan! Terima kasih kepada seluruh warga KBS yang hadir memeriahkan majlis dengan pakaian bertema yang cukup berwarna-warni.
Terus cemerlang dalam memacu pembangunan belia dan sukan negara! 🇲🇾💪