04/07/2026
Alhamdulillah, akhirnya saya dapat berkongsi livery istimewa yang akan saya gunakan untuk Lenovo Race of Champions sempena World Ducati Week 2026 di Misano, Itali. β€οΈ
Satu penghormatan besar buat saya dapat membawa nama JDT dan Malaysia di pentas yang menghimpunkan pelumba-pelumba Ducati terbaik dari seluruh dunia, bersempena sambutan ulang tahun ke-100 Ducati.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan dan doa. Insya-Allah saya akan memberikan yang terbaik dan menikmati setiap detik di atas litar.
Doakan saya dan semoga kita sama-sama dapat mencipta kenangan yang membanggakan. π²πΎπβ€οΈ