11/06/2024
MALAYSIA SUDAH TERSINGKIR DI KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026?
Peluang Malaysia untuk melayakkan diri ke Pusingan Ketiga Piala Dunia tampak samar dan boleh dikatakan 99% Malaysia sudah tersingkir. KEMANA KITA SELEPAS INI?
Baik, jika Malaysia tidak layak ke Pusingan Ketiga Piala Dunia kita akan berjuang pada Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula pada bulan Mac 2025 dan akan berakhir pada Mac 2026. Kelayakan ini melibatkan 24 Negara yang tidak layak ke Pusingan ketiga Piala Dunia.
24 Negara ini akan dibahagi kepada 6 Kump**an dan setiap Kump**an akan mempunyai 4 Negara.
Perlawanan p**a akan dimainkan format round robin dimana akan bermain home dan away game.
Cabaran pasti sengit kerana jangkaan negara-negara yang terlibat adalah seperti Lebanon, Tajikistan, Turkmenistan, Thailand, Vietnam, India, Singapura yang akan berebut 6 tempat terakhir ke Piala Asia 2027 ini.
Yang menariknya hanya juara kump**an sahaja yang layak ke Piala Asia. DI ULANGI HANYA JUARA KUMPULAN SAHAJA!.
Jika dilihat disini Malaysia mungkin akan berdepan kesukaran kerana negara yang ranking lebih tinggi dari Malaysia juga pasti berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapat slot ke Piala Asia.
Undian untuk Kelayakan Piala Asia 2027 ini dijangka pada September 2024 dan di doakan Malaysia tidak diundi dalam kump**an yang kuat.
Ruginya kita tidak menang ketika menentang Kyrgyzstan tempoh hari kerana slot automatic ke Piala Asia pasti terjamin jika kita menewaskan Taiwan pada malam ini.
Lagi satu ruginya kita hanya akan mendapat perlawanan persahabatan dengan pasukan lemah pada Fifa Calendar September, Oktober dan November Ini. Sedangkan pasukan yang layak ke Pusingan Ketiga Piala Dunia akan bermain dengan pasukan hebat seperti Jepun, Korea Selatan dan Iran bermula pada bulan September ini.
P/s: ucap awal supaya tak kalut. TAHNIAH INDONESIA.