24/07/2026
🎬 *PENANG MEMBARA* | SHOOTING KLIP VIDEO RASMI
SYABAS dan tahniah kepada Team *Revolusi Kecergasan Pulau Pinang* yang telah berganding bahu menjayakan sesi penggambaran klip video rasmi lagu “Penang Membara”.
Alhamdulillah, sesi penggambaran berjalan dengan lancar hasil komitmen tinggi daripada barisan Ahli Jawatankuasa Penaja serta para ahli Persatuan Senamrobik Negeri Pulau Pinang (PSN Pulau Pinang). Semangat kerjasama dan setiakawan yang ditunjukkan amat membanggakan.
Ucapan penghargaan khusus kepada Pn. Norli Harun, Presiden Penaja PSN Pulau Pinang, yang mengetuai usaha ini dengan penuh dedikasi dalam merealisasikan sebuah karya yang bakal menjadi identiti baharu gerakan senamrobik dan kecergasan di negeri Pulau Pinang.
🎵 *Lagu “Penang Membara” kini boleh didengarkan di pelbagai platform penstriman muzik antarabangsa seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan platform digital lain.*
SPOTIFY : https://open.spotify.com/track/0QIneqoV00hJtq5LUqybzk?si=WMXeCGCwS8mmvxpPunVpWQ&utm_source=copy-link
YOUTUBE : https://music.youtube.com/watch?v=XrmMPTdenv0&si=mQgcgYRAPVyCg-pE
*Inilah langkah berani PSN Pulau Pinang dalam membawa pembaharuan serta transformasi dunia senamrobik dan kecergasan ke arah yang lebih moden, kreatif dan relevan dengan perkembangan semasa.*
Teruskan melangkah dengan semangat setiakawan.
Teruskan menyemarakkan Revolusi Kecergasan Malaysia.
🔥 *PENANG MEMBARA!*
💪 Revolusi Kecergasan Malaysia
🇲🇾 Satu Negeri, Satu Semangat. Satu Revolusi.