26/05/2026
PHKL amat berbangga dengan anak-anak didik kami, NIK JEREMY (GK), DHEERESSH GUNASEELAN (C), MUHAMMAD ASYRAFF dan M. ASHRAFEEL IMAN, yang menyarung jersi kebangsaan untuk mewakili Malaysia di Kejohanan Hoki Piala Asia B18 Lelaki dan Wanita 2026.
Dedikasi, disiplin dan semangat mereka terhadap sukan hoki sememangnya mengharumkan nama negeri serta membanggakan seluruh warga PHKL.
Wahai anak didik PHKL, apabila kamu melangkah ke padang, bermainlah dengan penuh keberanian dan kesungguhan. Kibarkan Jalur Gemilang dengan megah, dan ingatlah bahawa seluruh komuniti hoki sentiasa berdiri teguh di belakang anda.
Kami mendoakan yang terbaik buat semua wakil negara. Semoga anda beraksi dengan penuh semangat, menjadi inspirasi dan terus mengharumkan nama Malaysia