16/07/2026
10 JULAI 2026 | JUMAAT | 9pm | PSSCM PUSAT LATIHAN KUANG
LAWATAN JAWATANKUASA PSSCM PUSAT LATIHAN WANGSA MAJU KE PSSCM PUSAT LATIHAN KUANG
AlhamduLillah,
6 orang AJK PSSCMPLWM (En Khairul Anwar, En Amirul Ikhwan, Ts. Nain Yahaya, Pn Nor Azlina, Pn Norfatin Syuhada, Pn Siti Jamaaini) telah ke PSSCM Pusat Latihan Kuang bagi tujuan lawatan serta perkongsian pendapat dalam pengurusan kelas khususnya Kelas Tunas.
Kehadiran kami telah disambut oleh En Rauf, Penyelia Pusat Latihan Kuang serta jawatankuasanya. Banyak idea dan pendapat dikongsi sepanjang lawatan bagi tujuan penambahbaikan pengurusan Kelas Tunas yang boleh diaplikasikan di kedua-dua pusat latihan.
Ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak tuan rumah atas kesudian menerima kunjungan kami.
Semoga sesi lawatan ini bukan sahaja dapat menambah baik pentadbiran dan pengurusan kelas, tetapi juga sebagai salah satu cara mengeratkan silaturrahim sesama ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
JOM BELAJAR SILAT!
SILAT DIRAJA BANGSA BERDAULAT
PSSCM Pusat Latihan Kuang