13/02/2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Malam ini, suasana di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan begitu meriah dengan pelbagai aktiviti kerohanian bersempena Malam Jumaat dan 15 Syaaban 1446H (Nisfu Syaaban).
Marilah kita bersama-sama mengimarahkan rumah Allah dengan menghadiri majlis ilmu, bacaan Yasin, solat berjemaah dan pelbagai pengisian rohani yang akan menyuburkan jiwa serta mendekatkan diri kepada-Nya.
Jangan lepaskan peluang untuk meraih keberkatan malam istimewa ini. Hadirlah ke masjid atau surau berhampiran dan manfaatkan waktu dengan amalan yang mendekatkan kita kepada Allah SWT.
Berikut kami lampirkan sebahagian poster aktiviti masjid dan surau di Wilayah Persekutuan yang berlangsung malam ini.
Semoga setiap langkah kita menuju rumah Allah dikira sebagai amal soleh dan diberkati oleh-Nya.