31/08/2026
ROMA BOROS? DITAMPAR DENGAN REALITI SEBENAR
MUSIM lalu Gian Piero Gasperini ada menegur tentang jendela perpindahan pemain La Lupa yang beliau sifatkan sebagai tidak tepat.
Beliau merasakan perpindahan perlu lebih strategik dan memenuhi keperluan, bukannya dihempuk dengan lambakan pemain yang tidak bersesuaian dengan fungsi.
Gasperini mahukan kuasa penuh dalam pemilihan pemain yang membawa kepada pemergian Claudio Ranieri.
Dan perkara itu terjadi musim ini, ramai pemain datang dan pergi, bagaikan tidak percaya, nampak seperti boros namun demikianlah realiti yang perlu ditelan.
Sudah sekian lama tidak merasai gelora UCL dan terperosok dengan kejohanan strata tingkat bawah menbuatkan Romanista terlena.
Jendela dianggap sebagai tempat untuk memenuhi tempat kosong pemain tanpa sasaran yang benar-benar jelas.
Namun musim ini, ianya sangat jelas, kita semua ditampar untuk bangun dari lena, cabarannya bukan lagi kelab biasa tetapi elitis yang menggerunkan.
Italian Football in Malaysia
Gasperini mahu semua bersedia dan apa yang penting pimpinan Presiden Friedkin turut sama mendukung sang peneraju.
Sasarannya jelas, kekal dalam kelompok UCL di Serie A dan mara sejauh mungkin dalam kejohanan demi kelangsungan kantung.