14/06/2025
14 Jun 2025 | Pahang Skills Development Centre, Kuantan Pahang.
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengadil Sepaktakraw Malaysia Kali ke-3.
Seramai 30 ahli jawatankuasa dan perwakilan telah sedia maklum dan telah mengundi berkaitan arahan pembubaran dari PSM. Rujukan surat PSM/A/1/22-25 bertarikh 13 Jun 2025.
Hadir sebagai wakil dari PSM, YM Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, Naib Presiden 1 Persatuan Sepaktakraw Malaysia telah menjawab persoalan yang timbul dan berharap pengadil-pengadil di bawah naungan PSM dapat menerima dengan hati terbuka serta mendokong penuh perancangan yang lebih baik dari YBhg. Dato' Presiden PSM demi memartabatkan sukan sepaktakraw khususnya pengadil-pengadil sepaktakraw Malaysia.
Terima kasih kepada semua mantan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023-2025.
Dengan rasminya, Persatuan Pengadil Sepaktakraw Malaysia (PPSM) dibubarkan.