23/05/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan WPKL A (Lelaki) atas kejayaan cemerlang menjadi Johan Kumpulan C dan menewaskan Pasukan Pahang A dengan keputusan 7β3 di suku akhir. Pasukan WPKL A meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menundukkan Pasukan Negeri Sembilan A dengan jumlah larian 12β2 diseparuh akhir dan sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan Kali Ke-50 Tahun 2026.
Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin, komitmen serta kesepaduan pasukan yang tinggi dalam kalangan para atlet, jurulatih dan pegawai pasukan sepanjang kejohanan berlangsung. Persembahan yang ditampilkan bukan sahaja membanggakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, malah mencerminkan kualiti serta daya saing pasukan di peringkat kebangsaan.
Persatuan Sofbol Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PSWPKL) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) atas sokongan yang tidak berbelah bagi dan juga bantuan kewangan untuk ke kejohanan ini.
Teruskan perjuangan di pentas akhir dengan semangat, keyakinan dan iltizam yang tinggi demi mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
βChampions are not made by chance, but by discipline, sacrifice and unwavering determination.β π₯π₯