23/06/2017
ELAKKAN KECEDERAAN!! SENAMAN CORE MUSCLE. PENTING KE??
Bagi mereka yang beginners, ade 1 bahagian penting yang kebanyakan anda selalu terlupa iaitu latihan core muscle. Kebanyakan yang ke gym akan terus pegang besi & angkat bebanan yg kadang2 melampaui kemampuan. (Siapa camtu angkat tangan!! Hehehe..) Mengambil langkah tersebut amat berisiko untuk anda mendapat kecederaan (terutamanya pinggang!) sekiranya anda bukanlah seseorang yang selalu melakukan kerja2 berat. Adalah AMAT PENTING utk anda menguatkan otot2 core seperti abs & otot spine (otot disepanjang tulang belakang) supaya ia dpt support tulang belakang & sendi anda dari mendapat kecederaan semasa mengangkat bebanan.
Apa itu CORE MUSCLE?
CORE MUSCLE adalah merupakan pusat @ teras otot (senang gambarkan bahagian tgh badan kite) meliputi otot2 dibawah dada hingga paras lutut. Latihan CORE merupakan latihan yang menjadi kemestian terutama populasi ahli sukan prestasi tinggi dan secara klinikal dalam memperolehi CORE STIFFNESS dimana dapat meningkatkan dayatahan otot, mengurangkan sakit belakang (low back pain), sakit lulut dan meningkatkan prestasi sukan.
CORE MUSCLE selalu dikaitkan dengan 6 packs, dan abs yang ‘sculpted’. Dari sudut estetik, latihan core kebiasaanya adalah menonjolkan otot abs yang cantik. Selain itu pinggul @ glute dan peha yang berotot juga menunjukkan seseorang itu melakukan latihan core yang konsisten.
KEPENTINGAN CORE MUSCLE
1) Core muscle yang kuat sangat diperlukan untuk koordinasi lower body dan upper body yang baik. Kestabilan dan koordinasi tubuh yang baik akan menjana pergerakan anggota badan yang cukup bertenaga.
2) Sakit belakang dapat dikurangkan dengan menguatkan otot core. Kajian membuktikan bahawa core yang lemah adalah penyumbang pada sakit belakang.
3) Core yang kuat akan meingkatkan postur tubuh badan
4) Memudahkan pergerakan aktiviti harian seperti mengangkat objek berat, berlari, menaiki tangga dan sebagainya
APAKAH LATIHAN YANG SESUAI UTK MENGUATKAN CORE MUSCLE?
Banyak latihan yang boleh menguatkan CORE MUSCLE anda. Disini saya merangkumi beberapa jenis latihan yang efektif jika anda melakukannya dengan konsisten;
1. PLANKS
2. SQUAT
3. BACK EXTENSION
4. LUNGES
5. CRUNCHES
6. LEG RAISE
7. ROWS
8. MOUNTAIN CLIMBERS
Biasanya saya mengesyorkan untuk mana2 beginners mulakan workout program anda dengan menguatkan CORE MUSCLE terlebih dahulu. Jangan gopoh semasa melakukan CORE MUSCLE workout, lakukan senaman dengan rhythm sedikit perlahan, focus kepada teknik & otot yg ditumpukan.
Selamat bersenam!