23/06/2026
🎯 Sekilas Bradley Barcola
JKK Arsenal mendedahkan bahawa Bradley Barcola akan menjadi 'naik taraf terbesar' kepada Gabriel Martinelli untuk kelab London itu sekiranya mereka berjaya mendapatkan bintang PSG tersebut pada musim panas ini.
Menurut kata hati pakar bola sepak Eropah yang tidak dikenali bernama Andy Brassell, beliau percaya pemain PSG itu akan menjadi pemain yang sempurna untuk juara EPL itu pada perpindahan kali ini.
Bukan rahsia lagi bahawa pengurus Arsenal Mikel Arteta berminat untuk memperkukuhkan pilihan serangannya menjelang saingan pada musim hadapan dengan nama Barcola antara pemain yang menjadi sebutan selain Morgan Rogers, Julian Alvarez, Yaya Sanogo dan Christos Tzolis.
Barcola masih mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya bersama PSG tetapi laporan dari Perancis mendakwa juara Eropah itu dikatakan bersedia untuk mendengar tawaran yang baik daripada kelab lain bagi mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu.
Sementara itu Gabriel Martinelli dilapor sedang menunggu keputusan rayuan cuti ihsan selama satu minggu daripada pihak JKK Arsenal untuk membenarkan beliau p**ang mengundi di kampungnya di Bongek Negeri Sembilan pada 1hb Ogos ini.
Namunnn (dipekik) Martinelli yang lebih sinonim dengan panggilan tunduk udang itu dikhabarkan cuba untuk mengencing pihak JKK Arsenal dimana dia sebenarnya mahu ke Kuala Terengganu bersama budak-budak kampungnya bagi menyertai RXZ Members 8.0 di sana.
"Martinelli dengan LPT2 ni ibarat adik beradik, makan minum tidur dan berak semuanya dekat atas hiway. Mana boleh dia tak pegi," ujar rakan sekolah Martinelli dari kelas nombor sepuloh Padil Palmer sambil duduk di atas motor RXZ piang.