02/09/2026
๐ง NOTIS PENUTUPAN LALUAN PERSIARAN NASIONAL ๐ง
Dimaklumkan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menjalankan kerja-kerja merentang paip dan kabel elektrik di sepanjang Laluan Persiaran Nasional.
๐
Tarikh: 2 September 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ 5.00 petang
๐ Lokasi: Sepanjang Laluan Persiaran Nasional
๐ Kawalan lalu lintas: Jalan akan mengecil dan hanya satu (1) laluan akan dibuka untuk laluan trafik.
Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu dengan cermat, mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan pengawal lalu lintas di tapak.
Bagi mengelakkan kesesakan, pengguna jalan raya disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal atau menggunakan laluan alternatif.
๐ Kerjasama dan kesabaran semua pihak sepanjang tempoh kerja-kerja dijalankan amatlah dihargai. Mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.