KUALA Lumpur Canoe Association

KUALA Lumpur Canoe Association e-mail: [email protected] Disember 1998 dengan nombor pendaftaran 1646. Oktober 2001 dengan nombor pendaftaran 0964/2001.

Persatuan Kanu Kuala Lumpur (KULCA) telah secara rasminya di daftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 24hb. Persatuan ini kemudiannya berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 pada 17hb. Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk membangunkan sukan kanu di Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia amnya. Persatuan Kanu Kua

la Lumpur adalah di bawah naungan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Persatuan Kanu Kuala Lumpur adalah ahli gabungan Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), yang mana ianya merupakan satu persatuan induk kepada persatuan-persatuan kanu negeri di Malaysia. Lokasi latihan kami adalah di Taman Tasik Titiwangsa. Kami mempunyai pelbagai kemudahan dan peralatan latihan untuk aktiviti kami.

DARI AKSI KE STRATEGI DI SEBALIK PERJALANAN SEORANG JUARA!🛶🔥Daripada seorang atlet yang pernah mencipta sejarah di SUKMA...
16/08/2026

DARI AKSI KE STRATEGI DI SEBALIK PERJALANAN SEORANG JUARA!🛶🔥

Daripada seorang atlet yang pernah mencipta sejarah di SUKMA 2014 dengan 4 pingat emas untuk Wilayah Persekutuan, memecahkan rekod kebangsaan K4 500 meter, hinggalah kini bergelar Jurulatih Kanu Wilayah Persekutuan, perjalanan Mohd Khirulniza Salleh bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi tentang pengorbanan, disiplin, mentaliti dan strategi🏆🔥

Lebih menarik, walaupun sudah berada di kerusi jurulatih, semangat untuk turun beraksi masih membara! 💪

🎙️ Dalam SUKAN+ Close-Up: DARI AKSI KE STRATEGI, kita kupas kisah di sebalik perjalanan beliau

Kalau selama ini anda fikir kanu cuma “duduk dalam kayak dan kayuh laju”, tunggu sampai dengar sendiri cerita di sebaliknya. 👀🔥

📺 SUKAN+ Close-Up
📺 Bernama TV — Astro 502 | unifi TV 631 | MYTV 121
📲 Facebook & YouTube **BERNAMA TV**

▶️ **Tonton di YouTube:https://youtu.be/hKFDstYbAKc?si=MM8ocNdu1EnrAkDa

📱 **Tonton di Facebook: https://www.facebook.com/share/v/14pei7Zdu34/?mibextid=wwXIfr

-DARI AKSI KE STRATEGI DARI ATLET KE JURULATIH-
🔥 Inilah cerita di sebalik setiap kayuhan!

KEJOHANAN KANU REMAJA KEBANGSAAN 2026🛶Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh atlet KL Canoe yang be...
06/08/2026

KEJOHANAN KANU REMAJA KEBANGSAAN 2026🛶

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh atlet KL Canoe yang berjaya mengharumkan nama pasukan dengan meraih pingat di Kejohanan Kanu Remaja Kebangsaan 2026 yang telah berlangsung pada 30 Julai – 2 Ogos 2026 di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya.

Setiap kayuhan yang dilakukan merupakan simbol disiplin, ketabahan dan semangat juang yang luar biasa. Kejayaan yang diraih hari ini adalah hasil daripada latihan tanpa mengenal penat, pengorbanan yang berterusan serta kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.

✨ Lebih membanggakan, sekalung tahniah diucapkan kepada atlet KL Canoe, Munira Muzaffa, atas pencapaian cemerlang apabila dinobatkan sebagai Anugerah Atlet Wanita Bawah 18 Tahun Terbaik kejohanan. Pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa dedikasi, komitmen dan prestasi luar biasa sentiasa membuahkan hasil serta menjadi inspirasi kepada atlet-atlet muda yang lain.

Teruskan melakar sejarah, teruskan mengukir kejayaan, dan jangan pernah berhenti mengayuh ke arah impian yang lebih besar. **Satu pasukan, satu semangat, satu matlamat — terus mengungguli arena kanu negara!** 💪🥇🚣

KL Canoe — Born to Paddle, Built to Win.❤️

BornToPaddleBuiltToWin

🚨 PENDAFTARAN KINI DIBUKA! 🚨⭐ KURSUS BERKAYAK ANUGERAH BINTANG DUA ⭐(MBOCE – MASCA) 🚣‍♂️🌊Tingkatkan kemahiran berkayak a...
06/08/2026

🚨 PENDAFTARAN KINI DIBUKA! 🚨

⭐ KURSUS BERKAYAK ANUGERAH BINTANG DUA ⭐
(MBOCE – MASCA) 🚣‍♂️🌊

Tingkatkan kemahiran berkayak anda ke tahap seterusnya!

📅 4 – 6 September 2026
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
💰 RM200 / peserta

✨ Terbuka kepada pemegang Sijil Anugerah Bintang 1
✅ Latihan & ujian teori serta praktikal
✅ Peralatan kursus disediakan

🎯 Slot terhad!
Daftar sekarang dan mulakan perjalanan anda menuju Anugerah Bintang Dua ⭐⭐

📞 Pertanyaan & pendaftaran:
012-3280499 (Azzim)
011-33793884 (Khirulniza)

25/07/2026
21/07/2026
PIDBR 2026🐲Syabas dan Tahniah, Team KL Canoe! 🐉🏆Satu lagi pencapaian yang membanggakan berjaya dilakar! Setinggi-tinggi ...
20/07/2026

PIDBR 2026🐲

Syabas dan Tahniah, Team KL Canoe! 🐉🏆
Satu lagi pencapaian yang membanggakan berjaya dilakar! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh atlet KL Canoe atas kejayaan meraih Naib Juara dalam acara National Open Mix di Putrajaya International Dragon Boat Race 2026.

Kejayaan ini bukan sekadar membawa pulang pingat, tetapi menjadi bukti bahawa semangat berpasukan, disiplin, kegigihan dan pengorbanan sepanjang latihan akhirnya membuahkan hasil. Setiap kayuhan yang dilakukan mencerminkan tekad yang tidak pernah luntur untuk mengharumkan nama pasukan.

Teruskan melakar kejayaan, dan jadikan pencapaian ini sebagai pembakar semangat untuk menawan lebih banyak podium pada masa hadapan.

LIGA KANU POLO MALAYSIA 2026, SIRKIT 2🇲🇾📍Takan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur⏳11 Julai 2026
15/07/2026

LIGA KANU POLO MALAYSIA 2026, SIRKIT 2🇲🇾

📍Takan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
⏳11 Julai 2026

🌊 Berani cabar diri di atas air?Inilah masanya untuk tingkatkan kemahiran berkayak dan cipta pengalaman yang luar biasa!...
06/07/2026

🌊 Berani cabar diri di atas air?
Inilah masanya untuk tingkatkan kemahiran berkayak dan cipta pengalaman yang luar biasa! 🚣🔥

🎯 Register sekarang sebelum pendaftaran ditutup!
Your adventure starts with one registration. 💙

Syabas dan tahniah kepada atlet Kanu Kuala Lumpur atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Sirkit 1 Kebangsaan Stand...
10/06/2026

Syabas dan tahniah kepada atlet Kanu Kuala Lumpur atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Sirkit 1 Kebangsaan Stand Up Paddling (SUP) dan Polo SUP yang telah berlangsung pada 4 hingga 7 Jun 2026 di Tasik Hentian Jaya, Selangor. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2026 🌙Persatuan Kanu Kuala Lumpur mengucapkan Salam Aidil Adha buat seluruh umat Islam.Semo...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2026 🌙

Persatuan Kanu Kuala Lumpur mengucapkan Salam Aidil Adha buat seluruh umat Islam.
Semoga segala ibadah, pengorbanan dan keikhlasan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

✨ Semoga Aidil Adha ini membawa:
🤝 ukhuwah yang lebih erat
💪 semangat pengorbanan yang tinggi
🚣 kekuatan untuk terus melangkah bersama

“Taqabbalallahu minna wa minkum”
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan-Nya.

Address

Jalan Tembeling
Kuala Lumpur
53200

Opening Hours

Monday 17:00 - 19:00
Tuesday 17:00 - 19:00
Wednesday 17:00 - 19:00
Thursday 17:00 - 19:00
Friday 17:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KUALA Lumpur Canoe Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KUALA Lumpur Canoe Association:

Shortcuts

Share

Category