19/04/2026
🏆 Gers FC Menjuarai di Kejohanan Bola sepak FA Cup PBMPP 2026 🏆🥇
KEPTUTSAN PENUH AKHIR :
Gers FC ( 5 ) Vs ( 0 ) Seroja FC
Alhamdulillah.. dengan izin Allah kami Berjaya menjadi Juara Plate dalam kempen 3 hari bermula Jumaat 17 april 2026 sehingga 19 april 2026 ( hari ini ) di Kejohanan Bola Sepak FA Cup PBMPP 2026, Yang berlangsung Di Padang USM A, pulau pinang sebentar tadi..
1 kejayaan yang membanggakan apabila kejayaan tercipta hari ni setelah liga ini berlangsung selama 3 hari ( Jumaat - Ahad )..
Ini merupakan kejohanan pertama setelah kami berehat panjang dari ramadhan sehingga habis nya syawal..
Saya merakam kan jutaan terima kasih buat barisan pengurusan terutama saudara Edd & Sam yang telah menguruskan pasukan dengan baik dan Tidak lupa juga buat barisan pemain yang telah mencipta kejayaan hari ni. Saya berterima kasih kepada semua pemain yang terlibat,kerana masih berdiri tegak bersama pasukan Gers Gers FC walaupun kita bukan lah dari pasukan yang mewah dan berduit .
Akhir kata dari saya selaku pengurusan besar kelab Gers FC, bermain lah dengan sepenuh hati, percaya lah pada rezeki Dari Illahi.. insha allah..
Saya harapkan kita dapat fokus pada kejohanan² mendatang..aminn