26/11/2025
Kenapa gandingan Bruno-Case di midfield tidak menjadi di United?
Gandingan midfield terbaik bagi formasi secara midfield berdua, terutama formasi dengan 3 centreback adalah gandingan midfield box-to-box(cmf) dan anchorman(dmf).
Antara contoh duo midfield terbaik adalah pasukan Chelsea ketika dibimbing Antonio Conte dengan menggunakan formasi 343 yang menjuarai epl ketika itu. Midfield duo nya adalah Kante(cmf btb) dan Matic(dmf anchor). Kante boleh dikatakan antara btb terbaik ketika itu dengan meng'cover' seluruh pelusuk padang manakala Matic sebagai balanced player, lebih kepada menjaga tempo permainan dan membuat simple build up, menjadi connection antara defender dan attacker,tidak kurang dan tidak lebih. Mereka lebih banyak fokus kepada tugas mereka sebagai enjin pasukan di tengah.
Di United, Amorim mungkin ingin menjadikan duo Bruno Case seperti btb dan anchorman namun profile kedua pemain ini langsung tidak menepati ciri2 tersebut.
Casemiro sepatutnya bermain sebagai anchorman tetapi beliau sebenarnya lebih kepada seorang destroyer, yang lebih sesuai jika dimainkan secara midfield bertiga. Gaya permainan beliau lebih robust dan kasar, sering melakukan tackle menyebabkan beliau senang terdedah sekiranya lawan dapat mengatasinya, mendedahkan seluruh pertahanan United. Walaupun kemahiran hantarannya masih baik, namun beliau tidak ada ketenangan ketika menerima bola, menyebabkan beliau tidak dapat memegang bola terlalu lama, selain faktor umur dan stamina beliau.
Bruno p**a posisi asalnya/kegemarannya adalah di amf , maka gaya permainannya lebih kepada attacking, create chance. Kita dapat lihat dalam perlawanan2 yang lepas apabila Bruno lebih cenderung untuk naik ke atas membantu pasukan menyerang, meninggalkan Casemiro lebih banyak keseorangan di tengah, sampaikan keeper ngan defend oppo pun dia nak press. Ini juga menyebabkan Bruno lebih cepat kekurangan stamina kerana Bruno juga perlu turun ke bawah untuk membantu build up semula permainan. Maka terjadilah situasi di mana Bruno lebih banyak menuding jari ke meminta bola dihantar kepada player bahagian wide daripada beliau sendiri offer untuk menerima bola di tengah, menyebabkan pemain lawan dapat membaca permainan United dengan mudah.
Di sini Amorim perlu lebih berani untuk memberi arahan kepada pemainnya supaya taktikal dapat dilaksanakan dengan baik. Atau dengan mengambil risiko dengan mencuba gandingan baru di tengah, kerana sudah terbukti gandingan Bruno Case di tengah tidak menjadi seperti diinginkan.
Sekadar pandangan dari seorang pemerhati bola sepak.
Sudah anda belajar? Sila komenggg...