Alia Yasmin Othman

Alia Yasmin Othman Kepakaran Alia ialah membantu anda yang mahu mengubah diri & hidup yang lebih baik, menambah pendapatan.

Alia yakin dan percaya dengan izin Allah SWT, setiap orang boleh berubah, ada kelebihan dan ada potensi dalam diri untuk berjaya dunia & akhirat.

31/05/2026

Bila Orang Yang Kita Sayang Pergi..

Hari ini teringat satu hakikat yang sering kita tahu tapi jarang betul kita rasa…

Suatu hari nanti, orang yang kita paling sayang akan pergi meninggalkan kita.

Ada yang sempat kita peluk.
Ada yang sempat kita cium.
Ada yang sempat kita minta maaf.
And ada yang pergi terlalu cepat sehingga masih banyak kata-kata yang kita belum sempat kita sampaikan.

Namun, Allah mengingatkan kita:
“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.”
(Surah Ali-Imran 3:185)

Kematian bukanlah pengakhiran. Ia adalah perpindahan daripada dunia yang sementara kepada kehidupan yang abadi.

Dan bagi yang ditinggalkan… ia adalah ujian tentang redha, sabar dan kebergantungan kepada Allah.

Allah juga berfirman:
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.’”
(Surah Al-Baqarah 2:155-156)

Sometime kita fikir kuat itu bermaksud tidak menangis. Hakikatnya… Rasulullah ﷺ sendiri menangis ketika kehilangan orang yang baginda sayangi.

Baginda bersabda:
“Sesungguhnya mata ini menangis dan hati ini bersedih, tetapi kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami.” (HR Bukhari)

Menangis bukan tanda lemah.
Menangis adalah tanda cinta.
Sebab kehilangan hanya terasa apabila kita pernah menyayangi.

Dari sudut psikologi p**a, kesedihan selepas kehilangan orang tersayang adalah proses yang normal.

Antara perkara yang biasa berlaku:
• rasa kosong
• sukar tidur
• mudah menangis
• hilang fokus
• rasa bersalah
• rasa rindu yang mendalam

It does not mean kita tak kuat.
It’s a proses otak dan hati sedang menyesuaikan diri dengan realiti baru.

Healing bukan tentang melupakan. Healing adalah belajar hidup sambil membawa kenangan mereka dalam hati.

Jika anda sedang bersedih atas kehilangan seseorang yang disayangi…

Izinkan diri untuk:

❤️ Menangis jika perlu.
❤️ Berdoa untuk mereka.
❤️ Berkongsi kenangan indah tentang mereka.
❤️ Bersedekah atas nama mereka.
❤️ Teruskan hidup dengan cara yang membuatkan mereka bangga jika mereka masih melihat kita.

Orang yang kita sayang mungkin sudah tiada di depan mata namun kasih sayang mereka tidak pernah pergi.

Satu hari nanti…
InsyaAllah… kita akan bertemu kembali
dalam keadaan yang lebih baik,
di tempat yang lebih baik.
di bawah rahmat Allah yang tidak pernah berakhir.

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia.”

Al-Fatihah buat semua insan yang telah kembali kepada Allah.




Al Fatihah buat Opah / Moyang yang disayangi semua. Semoga Allah tempat Opan dikalangan para syuhada, dapat masuk syurga...
30/05/2026

Al Fatihah buat Opah / Moyang yang disayangi semua. Semoga Allah tempat Opan dikalangan para syuhada, dapat masuk syurga Firdaus & dapat jumpa Rasulullah SAW. Amiin Ya Mujiib.

04/05/2026

“Kenapa kita mudah trigger… walaupun benda kecil?”

Kadang kita sendiri tak faham diri kita.

Benda kecil je… tapi kita rasa besar.
Orang cakap sikit… kita terasa lama.
Situasi biasa… tapi emosi kita jadi luar biasa.

Dan satu benda yang makin jelas…
Kita bukan overreact. Sometimes… trigger.
Trigger pada sesuatu yang lebih lama. Sesuatu yang mungkin kita sendiri tak sedar kita simpan.

Dalam psikologi, it’s called emotional trigger.
Berlaku bila sesuatu dalam hidup kita hari ini…
sentuh memori atau luka lama… badan kita react seolah-olah benda itu besar.

Sebab itu kadang kita rasa:

“Kenapa aku macam ni?”
hakikatnya… Kita bukan lemah.
Kita cuma belum faham apa yang kita rasa.

Dalam Islam, kita diajar untuk sabar.
Bukan sekadar tahan… but to also learn.
Belajar memahami sebelum bertindak.

Mungkin hari ini… Kita tak perlu ubah apa-apa lagi.
Just, Pause. Lepas tu, tanya diri:

“Apa sebenarnya yang aku rasa sekarang?”
Kadang bukan situasi yang berat…
Kadang apa yang kita bawa dari masa lalu.

Tenang Jiwa, Tenang Dunia.



Allahumma Baarik 🤲🏼Pembuka Tirai untuk 2026*WANITA · WISE & RISE*adalah program sehari penuhyang dicipta sebagai ruang s...
13/01/2026

Allahumma Baarik 🤲🏼
Pembuka Tirai untuk 2026

*WANITA · WISE & RISE*
adalah program sehari penuh
yang dicipta sebagai ruang selamat untuk wanita berhenti seketika dari hiruk-pikuk dunia,
dan kembali mendengar keperluan jiwa.

Slot Utama ✨
Sesi Refleksi Jiwa bersama Ustazah Najihah , sebuah ruang yang tenang untuk bermuhasabah,
menyusun semula luka yang tidak terucap, dan belajar berdamai dengan takdir melalui panduan iman dan hikmah.

Dari muhasabah ke tindakan,
Coach Aaliya & Coach Syafiqah
pembimbing dan pemudahcara (fasilitator) untuk menemui makna sebenar hidup disebalik keinginan jiwa dengan method coaching.

Refleksi jiwa.
Temui makna.
Bangkit bersama.

Admin CoachingLab:
https://wa.me/122720837

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60192727730

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alia Yasmin Othman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alia Yasmin Othman:

Share

Category