03/09/2026
PERINGATAN & PENEGASAN
Kepada mereka yang tiada kaitan secara langsung dengan perkara yang telah berlaku, saya mohon agar tidak mengambil kesempatan untuk menjadi “acah-acah influencer” atau bertindak seolah-olah mempunyai keperluan untuk membuat sebarang laporan, ulasan atau kemas kini di media sosial.
Bukan semua perkara perlu Pak Yus kongsikan kepada umum. Ada perkara yang perlu dijaga kerahsiaannya, privasinya dan hanya disampaikan kepada pihak-pihak yang berkaitan.
Saya juga ingin mengingatkan semua pihak agar menghormati sensitiviti, perasaan dan privasi keluarga dalam situasi seperti ini.
Ini bukan masa untuk mencari perhatian, mengejar engagement, mendapatkan populariti atau berlumba-lumba menjadi “terpaling influencer”.
Untuk pengetahuan dan perhatian semua, SEBARANG BENTUK VISUAL, GAMBAR, VIDEO, RAKAMAN, SCREENSHOT, MAKLUMAT PERIBADI ATAU MESEJ BERKAITAN KEJADIAN INI ADALAH DILARANG SAMA SEKALI daripada disebarkan, dimuat naik atau dikongsikan di mana-mana platform media sosial tanpa kebenaran pihak yang berkaitan.
Tolong bezakan antara Education & Awareness dengan tindakan menjadi “mak jemah kepoci” yang menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum.
Tidak semua perkara yang kita tahu perlu kita ceritakan.
Tidak semua perkara yang kita terima perlu kita sebarkan.
Dan tidak semua perkara perlu dijadikan kandungan.
Dalam keadaan seperti ini, diam, menjaga aib dan menghormati privasi orang lain bukan tanda kita tidak peduli — tetapi tanda kita mempunyai adab dan empati.
Saya berharap semua pihak dapat menghormati keadaan semasa serta memberikan ruang kepada keluarga dan pihak yang berkaitan untuk menguruskan perkara ini dengan sebaik-baiknya.
Mohon hentikan sebarang penyebaran maklumat, gambar, video atau kandungan berkaitan perkara ini tanpa kebenaran.
Terima kasih atas kerjasama, keprihatinan dan kefahaman semua.
Pak Yus
Medical Healthcare Professional
MYF – MoveYourFuture