17/11/2024
Natasha Lever Dan Ryan Giggs: Definisi Kepada Ipar Adalah Maut.
Memandangkan sekarang adalah musim filem Ipar Adalah Maut membuatkan saya terkenang akan skandal yang melibatkan lagenda Manchester United, Ryan Giggs.
Ryan Giggs pernah menjalinkan hubungan sulit bersama adik iparnya, Natasha selama lapan tahun. Skandal ini terbongkar pada tahun 2011 selepas suami Natasha, Rhodri mendedahkan perkara itu.
Kata Rhodri, Ryan pernah menawarkan wang sejumlah £250,000 kepadanya agar menutup mulut daripada mendedahkan perkara berkenaan. Hal ini kemudian bertambah panas selepas giliran Natasha juga mendedahkan yang Ryan pernah memberikannya £500 untuk mengugurkan kandungannya.
Katanya, lebih baik gugurkan kandungan sebelum Rhodri tahu.
Hubungan Ryan dan Natasha terjalin pada tahun 2003 di sebuah kelab malam. Ketika itu, Ryan sendiri sudah bergelar suami kepada Stacey. Natasha p**a masih bujang, dan berkahwin dengan Rhodri dua minggu kemudian.
Walau bagaimanapun, hubungan itu terus berlarutan selama lapan tahun sehingga akhirnya terbongkar pada tahun 2011.
Ketika kes tersebut terbongkar, Natasha sendiri mengatakan bahawa perkara ini sangat menakutkannya. Dia sangat mencintai Rhodri, namun dia tidak boleh melupakan Ryan.
Susulan pendedahan itu, satu persatu pendedahan semakin terbongkar lagi-lagi melibatkan Natasha.
Pelakon Will Melor, pernah menjalinkan hubungan cinta satu malam dengan Natasha, 11 tahun sebelum berkenalan dengan Ryan.
Selain itu, nama-nama seperti Dwight Yorke, Phill Barsley, dan Danny Simpson turut dikatakan pernah menjadi teman tidur Natasha.
Isteri Ryan pada waktu itu sentiasa berada di sisi Ryan meskipun lagenda MU itu dikecam teruk oleh media. Stacey mengatakan, Ryan sedang menjalani terapi ketagihan seks.
Walau bagaimanapun, pasangan itu kemudiannya berpisah. Natasha juga berpisah dengan Rhodri dan kemudian berkahwin dengan seorang anggota bomba, Haroon Headley.
Apa yang mengejutkan ialah, Headley sanggup meninggalkan isteri yang dikahwini selama 20 tahun, semata-mata demi Natasha. Kata Headley, "Natasha is the one."
Selepas terbongkarnya kes itu, hubungan keluarga Giggs hancur. Danny Wilson, bapa kepada Ryan mengatakan yang dirinya malu mempunyai anak seperti Ryan. Dirinya sedikit pun tidak bangga dengan kejayaan Ryan Giggs menjadi pengurus Wales.
Rhodri p**a masih mempunyai dendam kesumat dengan abangnya. Rhodri pernah mengatakan kepada The Central Club Podcast: "Saya boleh saja nak jual cerita macam-macam untuk jatuhkan reputasi dia lagi. Tapi saya tak mahu. Saya bukan dendam ke apa, tapi saya nak dia berhati-hati."
Manakala Ryan Giggs p**a sudah semakin teruk reputasinya. Gagal sebagai pengurus, kemudian terlibat dengan kes mencabul dua orang wanita. Hmm..
*Admin waktu tu baru form 4. Panas kes ini, sampai fans MU dengan fans Chelsea saling kutuk-kutuk. Fans MU kutuk Terry. Fans Chelsea kutuk Giggs. So, lepas nie kita up cerita John Terry p**ak.
Oleh: Ameen Typewriter