21/11/2017
Pada 13 Julai 1930, Perancis menewaskan Mexico 4-1 dan Amerika Syarikat mengalahkan Belgium 3-0 dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia pertama yang dimainkan secara serentak di bandar tuan rumah, Montevideo, Uruguay. Piala Dunia telah menjadi acara sukan paling diminati sejak itu.
Selepas bola sepak digugurkan dari program untuk Olimpiade 1932 di Los Angeles, Presiden FIFA Jules Rimet membantu menyelenggarakan pertandingan internasional pada tahun 1930. Kebanyakan pemain bola sepak adalah dari eropah. Uruguay, pemenang pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 1924 dan Sukan Olimpik Amsterdam 1928, dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia yang pertama.
Kerana kemerosotan ekonomi di Eropah, ramai pemain dari Eropah risau pekerjaan hakiki mereka akan lesap ketika mereka kembali, membuatkan mereka tidak bersedia menghadiri kejohanan itu. Akibatnya, beberapa pasukan Eropah yang paling berjaya, termasuk pemenang tiga pingat England dan pasukan berstatus otai-mer waktu itu Itali, Sepanyol, Jerman dan Belanda tidak membuat penampilan di Piala Dunia pertama. Walau bagaimanapun, apabila Uruguay bersetuju untuk membantu membayar perbelanjaan perjalanan, Rimet dapat meyakinkan Belgium, Perancis, Romania dan Yugoslavia untuk join. Di Romania, King Carol memilih ahli pasukannya sendiri, memberi mereka tiga bulan bercuti dari pekerjaan mereka dijamin tidak lesap lepas kejohanan tamat.
Melangkah ke kejohanan itu, Uruguay dan Argentina adalah pasukan favourite, manakala Perancis dan Amerika Syarikat juga turut memberi persaingan. Pada pusingan pertama, Lucien Laurent dari Perancis menjaringkan gol pertama Piala Dunia. Dalam perlawanan kedua, Perancis tewas kepada Argentina 1-0 di tengah-tengah kontroversi ketika para pengadil mengakhiri permainan enam minit awal. Apabila masalah itu dibincangkan, pengadil terpaksa membawa pemain Argentina kembali ke padang untuk memainkan minit yang x cukop! Selepas mengalahkan Belgium, Amerika Syarikat mengalahkan Paraguay untuk ke perlawanan separuh akhir dengan Argentina, yang mana mereka kalah 6-1.
Pada final Piala Dunia yang pertama, yang diadakan pada 30 Julai 1930, 93,000 penonton menjadi saksi detik keramat Uruguay mengalahkan Argentina 4-2. Uruguay terus memenangi Piala Dunia kedua pada 1950 dengan kemenangan 2-1 ke atas Brazil di Rio de Janeiro.
mai kita usha muka muka old timer yang menjulang piala WC yang pertama!!
-admin Rgg9-