01/06/2021
DUDUK DI RUMAH KETIKA WABAK MELANDA DAPAT PAHALA SYAHID
Daripada Aisyah RA, aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wabak taun, maka Rasulullah SAW memberitahu kepadaku:
سألتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ عن الطاعونِ، فأخبَرَني رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: أنَّه كان عَذابًا يَبعَثُه اللهُ على مَن يَشاءُ، فجعَلَه رَحمةً للمُؤمِنينَ، فليس مِن رَجُلٍ يَقَعَ الطاعونُ فيَمكُثُ في بَيتِه صابِرًا مُحتَسِبًا يَعلَمُ أنَّه لا يُصيبُه إلَّا ما كَتَبَ اللهُ له إلَّا كان له مِثلُ أجْرِ الشَّهيدِ.
"Sesungguhnya ia adalah azab yang Allah jadikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, Dia juga menjadikannya rahmat buat orang-orang mukmin.
Maka mana-mana orang yang berada dalam suasana wabak taun, lalu dia kekal berada di dalam rumahnya dengan penuh kesabaran dan mengharap ganjaran Allah, dengan dia mengetahui bahawa tiada musibah akan menimpanya kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah, nescaya dia akan mendapat pahala seperti orang mati syahid."
HR AHMAD
Syeikh Syuaib Arnaout: Isnadnya sahih mengikut syarat al-Bukhari
Berkata Ibnu Hajar dalam Fathul Bari:
اقتضى منطوقه أن من اتصف بالصفات المذكورة يحصل له أجر الشهيد وإن لم يمت
"Ungkapan Nabi tersebut memberi makna sesiapa yang bersifat dengan sifat-sifat yang disebutkan itu, dia akan memperolehi ganjaran syahid walaupun dia tidak mati (kerana wabak tersebut)."
Hadis Palestin 🇵🇸
Perkongsian hadis serta maklumat terkini di Palestin dan dunia Islam.