12/12/2024
▶️ Boleh dimainkan mulai GAMEWEEK 24.
▶️ Pilih SEORANG PENGURUS PL yang akan menjadi sebahagian daripada skuad gameweek anda selama 3 GAMEWEEK berturut-turut.
▶️ Pengurus memperoleh 6 mata untuk setiap kemenangan, 3 mata untuk seri, serta mata tambahan untuk setiap gol yang dijaringkan dan clean sheet.
▶️ Jika pasukan pengurus anda menentang lawan yang berada sekurang-kurangnya 5 tempat lebih tinggi dalam jadual liga, mata pengurus akan meningkat menjadi 10 mata untuk kemenangan dan 5 mata untuk seri.
🔘Contohnya : Wolves rank 19 vs Westham rank 14. Wolves menang, jadi yang memilih manager nya akan mendapat extra point (6 pts + 10 pts = 16 pts). Jika seri (3 pts + 5 pts = 8 pts)
▶️ Pengurus berharga antara £0.5m - £1.5m, dan dana mesti diambil daripada bajet skuad semasa anda. Tiada harga naik turun untuk pengurus2.
▶️ Pengurus dikira dalam peraturan maksimum 3 pemain setiap kelab.
Contoh : Jika sudah ada 3 player MU dalam team, tidak boleh memilih Amorim untuk team anda.
▶️ Setelah chip ini diaktifkan, anda boleh memindahkan pengurus dalam tempoh 3 gameweek tersebut, tetapi ia akan menggunakan Free Transfers (FTs). Jika tiada FT, akan ditolak -4 pts.
▶️ Jika sudah aktifkan chips ini, anda TIDAK BOLEH mengaktifkan chips2 lain selama 3 GW.
🔘 Contohnya : Jika anda aktikan chips ini pada GW24, jadi anda tidak boleh mengaktifkan chips2 lain sehingga GW27.
▶️ Jika anda sudah aktifkan chips, anda tidak boleh tekan button CANCEL.
▶️ Jika anda aktifkan chips ini pada DOUBLE GAMEWEEK, anda akan mendapat kelebihan 4 perlawanan daripada 3 Gameweek.
▶️ Pengurus yang dipilih TIDAK BOLEH diletakkan CAPTAIN
▶️ Jika pengurus meninggalkan kelabnya, point TETAP DIKIRA seperti biasa bergantung prestasi kelab lamanya.
▶️ Chips ini hanya boleh digunakan SEKALI sahaja untuk 1 musim. Jadi pilihlah gameweek yang sesuai untuk aktifkan.