09/06/2026
KENYATAAN PENGHARGAAN RASMI
PERSATUAN MALIM GUNUNG PERHUTANAN (PMGP)
OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) GUNUNG BATU PUTIH, TAPAH
24 Mei – 6 Jun 2026
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang telah menyertai operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Gunung Batu Putih, Tapah, yang bermula dari 24 Mei 2026 hingga 6 Jun 2026.
Komitmen, pengorbanan masa, tenaga serta semangat kesukarelawanan yang telah ditunjukkan sepanjang operasi ini amat dihargai. Kehadiran dan kerjasama anda sama ada secara langsung di lapangan, di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), dalam aspek sokongan logistik mahupun melalui doa dan sokongan moral, telah banyak membantu melancarkan perjalanan misi ini.
PMGP juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM, JBPM serta semua agensi dan pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang operasi ini
Terima kasih atas dedikasi, profesionalisme dan semangat kebersamaan yang telah dipamerkan. Semoga segala usaha dan jasa yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan.
Teruskan berkhidmat demi keselamatan komuniti serta kelestarian aktiviti rekreasi alam semula jadi.