19/05/2022
Menambahkan Berat Badan Dengan Sihat↗️
Kebanyakkan tips yang biasa kita lihat adalah untuk mengurangkan berat badan.
Bagaimana p**a dengan menaikkan berat badan. Di sini ada beberapa tips untuk membantu anda meningkatkan berat badan dengan sihat.
⚠️Makan Makanan Yang Kaya Dengan Nutrisi.
Jangan makan makanan yang tidak bernutrisi seperti kek, goreng pisang atau junk food. Boleh makan, tapi jangan terlalu banyak.
Makan makanan yang cukup dengan nutrisi yang tubuh kita perlukan iaitu karbohidrat, protein dan juga lemak. Lebihkan makanan yang bernutrisi seperti susu, oat, nasi, yogurt dan telur.
⚠️Lebihkan Pengambilan Protein
Cuba untuk lebihkan pengambilan protein seperti telur, ayam, atau dari sumber protein lain untuk pertumbuhan otot yang lebih maksimum.
⚠️Mesti Berada Dalam Kalori Surplus
Kalori surplus adalah lebihan kalori yang perlu kita ambil untuk meningkatkan berat badan. Jika sehari anda memerlukan 2000 kalori untuk mengekalkan berat badan yang sedia ada, untuk menambahkan berat, anda mengambil 2500 kalori.
Lebihan 500 kalori itu yang dipanggil kalori surplus. Cuba untuk sasarkan lebihkan kurang 200-500 lebihan kalori untuk meminimakan kadar peningkatan lemak, sebab kita nak bina otot, bukan lemak. Pengiraan keperluan kalori boleh dikira di sini https://www.thecalculatorsite.com/health/bmr-calculator.php.
Pengiraannya tidaklah terlalu tepat, tetapi kita boleh tahu anggaran keperluan kalori yang kita perlukan untuk menambah berat badan.
⚠️Tak mampu nak makan banyak ?
N8 Mass Gainer mungkin boleh membantu mencapai keperluan kalori harian anda. Mempunyai lebih 1300 kalori, produk ini boleh didapati dengan harga serendah RM80. Pm kami untuk maklumat lanjut.
Calculate your basal metabolic rate and your daily calorie requirements with this useful calculation tool