Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur Laman rasmi Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Dipimpin oleh bekas setiausaha FAS K.

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (juga dikenali sebagai Kuala Lumpur FA) merupakan pasukan bola sepak yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia. Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1974 dengan menggunakan nama Wilayah Persekutuan sebelum menggunakan nama Kuala Lumpur pada 1986. Pasukan ini menjuarai Liga Malaysia pada 1986 dan 1988 dan mencipta sejarah apabila memenangi Piala Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut pada 1987, 1988, dan 1989 selain Piala FA Malaysia pada 1993, 1994, dan 1999. Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur mungkin persatuan negara termuda yang ditubuhkan pada tahun 1975, tetapi pencapaian mereka dalam tempoh yang singkat menjadikan mereka veteran dalam permainan. Dibentuk sebagai Persatuan Bola Sepak Wilayah Persekutuan (FTFA), persatuan itu sebenarnya merupakan kumpulan pemecah daripada FA Selangor. Rasalingam bersama ahli-ahli lain Goh Ah Chai, Hamzah Muhammad, MJ Vincent, Shariff Mustafa, Jeswant Singh dan Manickarajah, mereka melihat perlunya persatuan lain di Lembah Klang kerana bilangan kelab yang semakin meningkat

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ12 Rabiulawal 1448H | 2026M“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu contoh teladan yang ...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ
12 Rabiulawal 1448H | 2026M

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
— Surah Al-Ahzab: 21

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta meneladani akhlak dan sunnah Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian.

Semoga cinta kepada Rasulullah ﷺ terus subur dalam hati, dan syafaat Baginda menjadi bekalan kita di akhirat kelak.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad ﷺ

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur telah diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkaita...
22/08/2026

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur telah diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan pengurusan, status perkembangan serta perancangan persatuan dan pasukan bagi memastikan setiap agenda yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Semoga segala keputusan dan perbincangan yang telah dipersetujui dapat membawa KLFA terus melangkah ke hadapan dan memperkukuhkan lagi pembangunan bolasepak Kuala Lumpur. 💙

🔥 FULL TIME | PIALA BELIA 🔥Kuala Lumpur berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir untuk membawa pulang satu...
22/08/2026

🔥 FULL TIME | PIALA BELIA 🔥

Kuala Lumpur berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir untuk membawa pulang satu mata dalam aksi penuh dramatik.

Kuala Lumpur FA 1️⃣–1️⃣ Sabah FC III

Tak pernah mengalah sehingga wisel penamat.
Kita teruskan melangkah. KL, keep fighting! 💙❤️

🔥 MATCHDAY | PIALA BELIA 2026 🔥Kembali ke medan perjuangan dengan aksi menentang Sabah FC petang ini.🗓️ 22 Ogos 2026⏰ 4....
22/08/2026

🔥 MATCHDAY | PIALA BELIA 2026 🔥

Kembali ke medan perjuangan dengan aksi menentang Sabah FC petang ini.

🗓️ 22 Ogos 2026
⏰ 4.45 PM
📍 Stadium MMU Cyberjaya

Satu pasukan. Satu perjuangan. Satu misi.
Ayuh KL, kita buat yang terbaik!

TAHNIAH PASUKAN FUTSAL WANITA WILAYAH PERSEKUTUAN! 💙💛Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur mengucapkan setinggi-tinggi tahnia...
19/08/2026

TAHNIAH PASUKAN FUTSAL WANITA WILAYAH PERSEKUTUAN! 💙💛

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Futsal Wanita Wilayah Persekutuan atas kejayaan melangkah ke FINAL! 🔥

Satu lagi perlawanan untuk memburu kejuaraan! Ayuh teruskan perjuangan dan berikan yang terbaik di pentas final. 💪🏻

WILAYAH PERSEKUTUAN 🆚 SELANGOR
🗓️ Jumaat, 21 Ogos 2026
⏰ 8.00 malam
📍 KOMBES Shah Alam

AYUH WILAYAH!
BAWA PULANG KEJUARAAN! 🏆🔥

💥 FULL TIME | PIALA BELIA 💥Kuala Lumpur FA mencatat kemenangan bergaya dengan menewaskan Akademi Kuching City FC 7-0! 🔥T...
15/08/2026

💥 FULL TIME | PIALA BELIA 💥

Kuala Lumpur FA mencatat kemenangan bergaya dengan menewaskan Akademi Kuching City FC 7-0! 🔥

Tahniah buat seluruh pasukan atas persembahan yang mantap!

⚡ PIALA BELIA 2026⚡90 minit untuk berjuang.90 minit untuk buktikan siapa kita. 🔥⚽Kuala Lumpur FA vs Akademi Kuching City...
15/08/2026

⚡ PIALA BELIA 2026⚡

90 minit untuk berjuang.
90 minit untuk buktikan siapa kita. 🔥⚽

Kuala Lumpur FA vs Akademi Kuching City FC
📅 15 Ogos 2026
⏰ 4.45 PM
🏟️ Stadium MMU Cyberjaya

Turun dengan semangat. Main dengan hati. Berjuang sampai akhir! 💪🔥

AYUH KLFA!

🔥 KURSUS KEJURULATIHAN AKAR UMBI SIRI 3/2026 KINI DIBUKA! 🔥Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur menjemput semua jurulatih da...
13/08/2026

🔥 KURSUS KEJURULATIHAN AKAR UMBI SIRI 3/2026 KINI DIBUKA! 🔥

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur menjemput semua jurulatih dan penggiat sukan bolasepak untuk menyertai Kursus Kejurulatihan Akar Umbi Siri 3/2026. Kursus ini merupakan satu inisiatif pembangunan asas bolasepak yang penuh ilmu, pengalaman dan jaringan profesional!

🗓 Tarikh: 4-6 September 2026
📍 Tempat: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
💰 Yuran: RM350

Sertai dan tingkatkan ilmu kejurulatihan anda bersama barisan tenaga pengajar berpengalaman.

Daftar sekarang!

WhatsApp Mohd Afiqe (011-28724822) atau imbas QR untuk pendaftaran.

Selamat Hari Lahir kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Tuan Syed Yazid Syed Omar. Semoga sentiasa d...
12/08/2026

Selamat Hari Lahir kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Tuan Syed Yazid Syed Omar.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan kejayaan dalam menerajui dan memajukan bolasepak Kuala Lumpur.

Ikhlas daripada seluruh pengurusan & kakitangan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur.

Selamat Hari Lahir, Presiden!

🔥 KEPUTUSAN PENUH | PIALA BELIA 🔥Kuala Lumpur FA 6️⃣–0️⃣ Kelantan WTS FCAksi penuh bertenaga menyaksikan Kuala Lumpur FA...
11/08/2026

🔥 KEPUTUSAN PENUH | PIALA BELIA 🔥

Kuala Lumpur FA 6️⃣–0️⃣ Kelantan WTS FC

Aksi penuh bertenaga menyaksikan Kuala Lumpur FA mencatat kemenangan bergaya dengan enam gol tanpa balas! 💪⚽

Tahniah buat seluruh pasukan atas persembahan mantap dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang perlawanan. 🔵⚪

Teruskan momentum, teruskan perjuangan! 💙🔥

Address

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60391345445

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share