15/05/2024
MAKSAK GAMES 2024 - HOKI 9 SEBELAH
Kangar, 12 Mei 24 - Tahniah! Pasukan Hoki ATM (Lelaki) telah berjaya menjadi JOHAN di dalam Pertandingan MAKSAK GAMES 2024 - Hoki 9 Sebelah yang telah berlangsung pada 09 hingga 12 Mei 24 di Stadium Hoki Kangar, Perlis. Perlawanan akhir tahun ini adalah perlawanan ulangan seperti tahun 2023 apabila ATM sekali lagi bertemu Perak. ATM berjaya menumpaskan Perak namun permainan di masa sebenar berakhir tanpa jaringan. Pemenang ditentukan dengan penalti stoke. ATM telah menjaringkan 3 gol dan Perak berbalas 2 gol. Selain itu, ATM jugak telah merangkul Anugerah Khas (Individu) sepanjang kejohanan iaitu:
Man Of The Match
ATM vs Negeri Sembilan
1207958 LKPL MUHAMMAD FAIZ BIN GHAZALI
ATM vs Sarawak
1196367 KPL MOHAMAD SUFIAN BIN MARSOM
ATM vs Sabah (Suku Akhir)
1211518 PBT MUHAMMAD HILMI BIN MIDI
ATM vs PDRM (Separuh Akhir)
1196367 KPL MOHAMAD SUFIAN BIN MARSOM
ATM vs Perak (Akhir)
1183586 KPL MOHAMAD AKMAL BIN YUSSAINI
Pemain Terbaik
1183586 KPL MOHAMAD AKMAL BIN YUSSAINI
Penjaga Gol Terbaik
1183586 KPL MOHAMAD AKMAL BIN YUSSAINI
Penjaring Gol Terbanyak
1196367 KPL MOHAMAD SUFIAN BIN MARSOM
1209649 LKPL MUHAMAD NAZREY BIN DIN
Kejayaan tersebut adalah hasil latihan yang gigih dan berterusan disamping tahap disiplin yang tinggi serta komitmen yang diberikan dikalangan pemain dan pihak pengurusan.
Pihak PHAT merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diatas kejayaan ini. Ini adalah kerana kejayaan tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan dan kelulusan dari semua pihak yang terlibat.
TAHNIAH!!! Menjadi Johan 2 tahun berturut- turut (2023 & 2024).
Tahniah Pasukan Hoki ATM (Lelaki)
๐ฅATM
๐ฅPerak
๐ฅKuala Lumpur & PDRM