27/08/2026
SESI PEMBELAJARAN PERATURAN KABADDI
Situasi Perlawanan:
Semasa melakukan raid, raider telah berjaya mengambil Bonus Point. Selepas itu, kaki raider hanya terpijak pada garisan Lobby dan tidak melepasi garisan tersebut.
Soalan:
Apakah tindakan dan keputusan yang sepatutnya dibuat oleh pengadil dalam situasi ini?
1. Adakah Bonus Point yang telah diperoleh oleh raider masih dikira?
2. Adakah tindakan terpijak pada garisan Lobby sahaja dianggap sebagai memasuki Lobby?
3. Adakah raider perlu diisytiharkan OUT?
4. Berapakah mata yang sepatutnya diberikan kepada kedua-dua pasukan?