01/11/2022
Jersi Away Harimau Malaya (HM) x Nike 2022/2023. Nike menggunakan template 2022/2023 mereka untuk jersi terbaru HM. FAM telah memilih warna hitam sebagai jersi away dimana warna hitam pernah dijadikan sebgai jersi home pada tahun 2016-2017. Tiada warna kuning yg dikenakan pada baju selain dari logo Nike dan warna kuning yang terdapat pada logo FAM itu sendiri. Corak yg dikenakan pada jersi juga corak yang sama diguna pakai oleh pasukan Saudi Arabia bagi saingan Piala Dunia yg bakal berlangsung tidak lama lagi.
KJJ tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk jersi HM kerana realitinya Malaysia bukanlah pasukan yang berada di dalam top 10 international ranking. Sedangkan pasukan yang bertanding di dalam Piala Dunia pun masih memakai default template dari Nike apatah lagi pasukan negara kita. Tiada special treatment dari Nike. FAM hanya mampu memilih dari option yang disediakan oleh pihak Nike.
Ramai yang mahukan jenama lokal kita untuk menjadi official apparel bagi pasukan HM, temasuklah KJJ. KJJ sangat menantikan saat jenama lokal disarungkan oleh pemain di pentas antarabangsa. Persoalannya, mampukah jenama lokal kita untuk menampung keperluan pasukan. Bukan sekadar apparel semata-mata, termasuk lah kelengkapan peralatan. Dari skuad senior hinggalah pasukan di bawah 15 tahun. Untuk sekadar apparel KJJ yakin ada jenama lokal yang mampu. Yang pasti sekiranya jenama lokal yang menjadi apparel rasmi HM, harga masih mampu milik jika dibandingkan dengan RM299 dari Nike.
Rating KJJ: 5/10