Terbuka untuk semua, KJK ditubuhkan demi menyemai rasa cinta pada akar-budaya kita, dari sisi sukan-bola sepak. Antara pengasas KJK ialah Bro Azmie Switchimage, Bro Faizal Basarom dan Bro Hangpcdua Malaya. Kelab ini bukan sahaja terdiri daripada pengumpul (collector) jersi tempatan, tetapi juga pengumpul barangan nadir (rare) bola sepak negara, seperti majalah, pingat, but bola dan memorabilia berharga bola sepak tempatan.
* Segala kandungan dalam halaman KJK ini adalah bersifat untuk perkongsian maklumat dan ilmu sahaja. Segala pandangan yang diberikan pada bahagian komen pengunjung/ahli, tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik halaman ini. Semua maklumat, gambar dan bahan yang dipaparkan di dalam halaman ini adalah hak milik pihak penerbitan masing-masing dan disiarkan di sini sebagai rujukan semata-mata. Sebarang penyalahgunaan maklumat, gambar dan bahan daripada halaman ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang menyalahgunakannya.