06/06/2025
Training - Kids Athletics / Remaja / Kanak- kanak.
Pembangunan Atlet Jangka Panjang
soalan drpd Runner.
Latihan 5 kali seminggu tu sudah sangat bagus untuk peringkat umur anak-anak tuan. Tapi ada beberapa perkara penting untuk bantu mereka capai pace yang lebih laju:
1. Kekalkan rutin 5 hari seminggu – cukup baik, jangan lebih dulu, fokus konsisten.
2. Fokus pada pembangunan asas (physical literacy & ABCs) – agility, balance, coordination, dan speed mesti diasah dari muda.
3. Ajar teknik warm-up & cool-down yang betul – ini bantu elak kecederaan & biasakan disiplin latihan. dan
Running Form (Drills)
4. Falsafah “athlete first, winning second” – utamakan perkembangan jangka panjang, bukan keputusan segera atau winning.
5. Speed masih kurang – ini biasa. Ramai atlet muda Malaysia tak cukup latihan kelajuan. Endurance boleh bina kemudian, tapi speed kena mula awal. Google: flying 30s.
6. Sertai acara jarak pendek (400m dan 800m, malah 200m juga) – ini penting untuk bentuk asas speed dan race rhythm.
7. Fahami 2 jenis speed:
• Lactate speed – larian dalam 2 minit atau kurang (contoh: 200m, 300m, 400m, 500m)
• ATP/CP (Pure speed)– 10 saat pertama (contoh: flying 10s, flying 20s, flying 30s)
8. Ramai jurulatih di Malaysia kurang tekankan latihan speed untuk kanak-kanak & remaja. Sebab tu ramai lari 800/1500m macam tidak ada kelajuan. Sepatutnya dilatih speed masa muda. Ini masa terbaik semasa muda, bina Speed.
9. Atlet jarak jauh dunia boleh lari 400m dalam 50s atau kurang. Pelari 800/1500m elit ada kemampuan lari 46-48s untuk 400m. Ini semua sebab ada asas speed. Kalau asas speed bagus, boleh lakukan workout 400m atau 1000m atau apa-apa jarak, dalam lingkungan 55-60s untuk 400m dengan mudah.
10. Pemakanan dan strength training pun penting dan perlu diberi perhatian.
Semoga bermanfaat