13/01/2020
BERAPA LAMA SAYA BOLEH PANDAI BERENANG?
Soalan ni kerap di tanya oleh individu yang berminat untuk mempelajari teknik renangan. Anda semua yang berniat nak belajar mesti terfikir soalan ni.
BETUL TAK?
Rata-rata ramai guru-guru renang yang tidak bertauliah menjanjikan kemahiran renang dapat di kuasai dalam masa yang singkat.
Saya pernah dengar luahan dari 1-2 guru ada yang tanya logik tak student tu kuasai 1 teknik renang sahaja dalam masa sehari sahaja (1 jam kelas)??
Jawapan saya TIDAK!
Melainkan pelajar tersebut belajar bertujuan untuk memperbetulkan teknik@ technique correction sahaja. Jika anda bermula daripada "0" tidak mungkin anda mampu kuasai teknik renangan dengan baik hanya dengan 1 kelas.
BERAPA LAMA SAYA BOLEH PANDAI?
Soalan ini subjektif sebenarnya. Definisi pandai berenang pada anda bagaimana?
-Mampu berenang banyak laps?
-Mampu berenang sampai teknik Butterfly?
-Mampu berenang dan kuasai teknik dengan baik?
-Mampu berenang dari point A ke point B?
-Mampu berenang sekurang-kurangnya 1 teknik dah memadai???
-Mampu menyelamatkan diri dalam air?
Jadi berapa cepat anda belajar itu di pengaruhi oleh banyak faktor.
=================================
FAKTOR2 YANG MEMPENGARUHI TEMPOH KELAS RENANG ANDA
-Umur (Bayi mungkin ambil masa)
-Sejarah Pelajar (Waterphobia)
-Kemampuan (Orang kelainan upaya, masalah pembelajaran, kecederaan)
-Kekerapan anda komited ke kelas
-Kehadiran dan komitment
-Bilangan pelajar dalam kelas (group vs private)
-Kepakaran guru
Jika orang tanya saya, berapa lama saya boleh pandai berenang?
Jika anda tergolong daripada golongan AVERAGE, 10 jam tu mungkin anda boleh berenang dari point A ke point B atau kuasai 1 teknik "ala kadar" (pembelajaran mesti meliputi skill survival dalam air sebelum proceed ke teknik renang).
Jika ada rakan-rakan anda belajar berenang sampai 1 tahun, anda kena faham mereka belajar sehingga mereka mahir kuasai kesemua teknik dengan baik dan memperbaiki jarak renangan dari masa ke semasa.
# # sekadar berkongsi nukilan rakan