03/06/2022
Sempena besday Liverpool FC ni, jom kita flashback history channel berkenaan crest/emblem yang dikatakan ayam bukannya burung.
Sebagai pengikut/peminat/penyokong LFC, semestinya kita mengetahui background sejarah apa-apa berkenaan LFC.
Kat sini kita ceritakan betul atau bohong persepsi para pembenci (haters) yang mengatakan lambang ayam pada crest/emblem Liverpool FC ❓
Persoalannya betul ke burung dalam logo Liverpool itu ayam ⁉️... Ataupun pengasas Liverpool mendapat ilham melihat ayam cuba terbang dari pokok sehingga berjaya dan terinspirasi untuk letakkan haiwan itu dalam logo❓
Sebenarnya bentuk asal burung menyerupai ayam yang wujud dalam logo Liverpool berasal daripada jata bandar raya Liverpool.
Buat pengetahuan semua, burung yang wujud pada jata bandar raya Liverpool adalah burung helang tapi mesti ramai tak percaya kan ⁉️
Menurut iSportsAsia, Liverpool telah dibuka oleh King John pada tahun 1207 bagi dijadikan sebagai pangkalan tentera dan pelabuhan bagi mengawal laut Ireland.
Menjelang tahun 1229, Liverpool telah diberikan keistimewaan sebagai bandar yang memiliki jata dan cop mohor sendiri.
Bagi memperingati jasa King John, burung helang yang melambangkan beliau telah diangkat sebagai cop mohor rasmi Liverpool.
Memasuki akhir abad ke 18, cop mohor Liverpool ditukar dengan penambahan dewa air roman, Neptune dan pertukaran dari burung helang kepada burung Cormorant (burung pemakan ikan laut & sungai). Maka secara rasmi jata dan cop mohor Liverpool telah bertukar.
Sebagai sebuah kelab yang berasal dan menggunakan nama Liverpool, pasukan ini telah mengadaptasi jata bandar sebagai logo pertama mereka.
Dengan logo ini, Liverpool berjaya memenangi trofi divisyen pertama England.
Bermula sejak itu, imej burung commorant menggigit serai menjadi logo utama Liverpool.
Biarpun telah melalui 11 kali penukaran logo, imej burung cormorant tetap dikekalkan.
Jadi selepas ini kepada penyokong Liverpool, jika ada orang cakap logo pasukan anda seperti ayam.
Bagitau sahaja pada asalnya itu adalah burung helang sebelum bertukar kepada burung cormorant.
𝐋𝐈𝐕𝐄𝐑𝐏𝐎𝐎𝐋 𝐅𝐂 𝐂𝐑𝐄𝐒𝐓/𝐄𝐌𝐁𝐋𝐄𝐌 𝐄𝐕𝐎𝐋𝐔𝐓𝐈𝐎𝐍