09/08/2024
HARI KESEDARAN CPR & AED
Jawatankuasa Penganjur KVL DSC 2024 dengan kerjasama Dr. Abdullah Asad ( RETRO FC ) akan menganjurkan Program HARI KESEDARAN CPR & AED yang terbuka kepada semua warga bolasepak sosial Kuala Lumpur .
Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai pentingnya pengetahuan CPR dan penggunaan AED sebagai usaha untuk mengajak warga bolasepak veteran ke arah persediaan dalam menghadapi situasi yang kritikal. Bersempena program ini, pakar perubatan akan memberi penerangan dan pengetahuan dalam teknik CPR dan juga pengendalian AED .
Sekian, terima kasih.
ATURCARA PROGRAM
1. Sesi DR. Abdullah Asad ( Pakar Perunding Kecemasan )
2. Demo CPR & AED
4. Sesi soal jawab
5. Jam 12.00 selesai
LOKASI ACARA
Pejabat Ahli Majlis MPAJ Zon 1
Jalan E 5, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 016-257 3091