03/04/2022
Alhamdulillah.. 2-4-2022
Terima kasih YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Pengerusi Eksekutif Superbikes Association Malaysia (SAM) yang menjemput DZ Bikers, Wilhin Motor & rakan-rakan ride ke Bagan Datuk menikmati suasana keindahan di Dataran Bagan Datuk & menjamu kami Kari Kepala Ikan+air kelapa muda serta juadah sedap yang lain.
Seramai 108 peserta konvoi pelbagai motorsikal berkumpul d R&R Jejantas Sg. Buloh & regroup bersama YB Dato’ Seri yang menunggang Honda Goldwing & Honda X-ADV 750 sehingga ke destinasi dan pulang bersama.
Kami disambut meriah oleh penduduk tempatan, selepas makan kami bergambar dan menikmati pemandangan di Dataran Bagan Datuk, bersolat jamak berjemaah serta mendengar tazkirah di Masjid Hajah Tuminah yang sedang dalam pembinaan.
Selepas bertukar plak cenderahati kami meneruskan perjalanan pulang ke destinasi masing-masing dengan rasa syukur untuk bersedia bagi menunaikan hari pertama puasa esok hari.
Insha Allah kami akan ride & mengadakan program amal bersama YB Dato’ Seri….semoga kita semua diberikan keberkatan, diluaskan rezeki serta dipermudahkan urusan sekeluarga..