ABJAD LIPIS

ABJAD LIPIS PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD(ASLI JABAT KILAT MALAYSIA) CAWANGAN LIPIS

13/05/2025
Rombongan dari Cawangan ABJAD Lipis meraikan Majlis Perasmian Cawangan Temerloh dan Perasmian Gelanggang Mempaga pada Ah...
29/04/2025

Rombongan dari Cawangan ABJAD Lipis meraikan Majlis Perasmian Cawangan Temerloh dan Perasmian Gelanggang Mempaga pada Ahad 27.4.2025. Turut bersama hadir di majlis ini ialah YDP Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (Asli) Jabat Kilat Malaysia Uztaz Zainudin Othman dan Badal Guru serta beberapa para Hulubalang kanan ABJAD Malaysia.


Terima kasih kepada YDP Abjad Malaysia kerana sudi datang berhari Raya Di Kuala lipis..segala kekurangan pinta Di maafka...
06/04/2025

Terima kasih kepada YDP Abjad Malaysia kerana sudi datang berhari Raya Di Kuala lipis..segala kekurangan pinta Di maafkan..

Penyerahan tentang apa itu SILAT ABJAD..
25/12/2024

Penyerahan tentang apa itu SILAT ABJAD..

24/11/2024

Abu Malik al-Haris ibn 'Asim رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

"Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhanallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.

Solat itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi (bukti). Sabar itu adalah sinaran (memberi cahaya). Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu.

Setiap orang keluar waktu pagi (berusaha), ada yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsu dengan melakukan maksiat dan kemurkaan Allah), ada yang memerdekakan dirinya (daripada kehinaan di dunia dan azab akhirat) dan ada p**a yang mencelakakan dirinya (dengan melakukan maksiat)."

(Hadis Riwayat Muslim)

21/11/2024
Hari ini 90 tahun yang lalu, ulama disegani tanah air, Tok Kenali, meninggal dunia.Nama sebenarnya Haji Muhammad Yusuf b...
21/11/2024

Hari ini 90 tahun yang lalu, ulama disegani tanah air, Tok Kenali, meninggal dunia.

Nama sebenarnya Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad, lahir pada 1868 di Kubang Kerian, mukim Kenali, Kota Bharu, Kelantan dalam keluarga yang warak. Ketika kecil beliau belajar mengaji ilmu-ilmu asal dengan datuknya, kemudian menyambung belajar di Masjid Al-Muhammadi, Kota Bharu.

Menginjak usia 18 tahun, Tok Kenali bermusafir ke tanah suci Mekah untuk lebih mendalami ilmu agama. Bermalam di serambi-serambi masjid, beliau berguru dengan ramai ulama Arab & juga tanah Jawi, sebelum menuntut dengan lebih rapat dengan Syeikh Wan Ahmad Al-Fatani.

Sesudah gurunya itu meninggal dunia, Tok Kenali p**ang ke tanah air pada 1909, selepas kurang lebih 22 tahun berkelana di tanah suci. Beliau membuka sekolah di pondok dekat rumahnya, yang berkembang menjadi pusat pengajian Islam tradisional terkenal, menempatkan lebih 300 pelajar pada suatu masa.

Beliau dijemput mengajar di Masjid Al-Muhammadi dari 1915 hingga 1920. Ketika sama, beliau juga memainkan peranan besar dalam penubuhan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Kelantan (MAIK), majlis agama Islam pertama di Tanah Melayu yang menjadi asas & rujukan kepada pembentukan majlis-majlis agama di negeri-negeri lain.

Tok Kenali juga merupakan pengarang terhormat untuk majalah Pengasuh, majalah Islam paling lama bertahan di Nusantara (sejak 1915 hingga hari ini) bawah kelolaan MAIK. Beliau turut menghasilkan beberapa kitab antaranya Risalatud Durril Mantsur, Madkhal Kamil fi ‘Ilmis Sharfi & Mulhiq li Miftahit Ta’allum fi I’rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah ‘ala Ratbih.

Beliau kembali ke rahmatullah pada 19 November 1933/2 Syaaban 1352H, di usia 65 tahun. Jasadnya disemadikan dekat rumahnya di Kubang Kerian. Nama, ilmu & keperibadiannya tidak hanya disegani di Kelantan & Malaysia, malah harum di seluruh Nusantara.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Daurah Haramain

Address

KUALA LIPIS
Kuala Lipis
27200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABJAD LIPIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share