26/10/2021
Permainan seperti puzzle / magnetic box sebenarnya bukan hanya terbatas untuk melatih kecerdasan otak anak. Permainan ini juga dapat digunakan untuk mengisi quality time bersama si kecil, agar ikatan atau bonding dapat lebih terjalin.
Antara manfaat bermain puzzle untuk anak anak ialah :
1๏ธโฃ ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐บ๐ฒ๐บ๐ผ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐๐ฎ ๐ณ๐ถ๐ธ๐ถ๐ฟ
Bermain puzzle membantu anak memahami dan mengikuti arahan dalam mencapai suatu tujuan. Selain itu ia dapat melatih memori, kerana anak akan cuba untuk mengingat kembali potongan gambar, pola, atau kata-kata supaya sesuai antara satu sama lain.
2๏ธโฃ๐ ๐ฒ๐ป๐๐๐ถ๐บ๐๐น๐ฎ๐๐ถ ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐บ๐ผ๐๐ผ๐ฟ ๐ต๐ฎ๐น๐๐
Ketika bermain puzzle, anak diminta untuk memasang atau memindahkan potongan kecil atau besar, melingkari huruf atau kata-kata, atau memasukkan potongan gambar ke dalam lubang tertentu yang sesuai. Aktiviti tersebut akan mengasah keterampilan motor halus, yang sangat diperlukan untuk melakukan aktiviti sehari-hari.
3๏ธโฃ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ผ๐ป๐๐ฒ๐ป๐๐ฟ๐ฎ๐๐ถ
Melalui permainan puzzle, kita akan melihat kemampuan anak lebih fokus untuk menghubungkan apa yang dilihat oleh mata dan bagaimana tangan memberi respon terhadap perkara tersebut.
4๏ธโฃ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ถ๐ต ๐ธ๐ฒ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป
Bemainkan puzzle dalam kumpulan akan membantu anak memahami erti kesabaran dan kerja sama, serta belajar mengetahui gilirannya.
5๏ธโฃ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ต
Setiap puzzle memiliki tujuan tertentu untuk dicapai. Tujuan itu ialah seperti memasang gambar dengan lengkap atau menyusun semua bentuk. Ketika anak sedang bermain puzzle, ia akan melihat bahawa ada langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikannya. Dari situ, anak belajar untuk menyesaikan masalah yang dihadapinya dengan berpikir secarakreatif.
6๏ธโฃ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ถ๐ต ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ถ๐ป๐๐ฒ๐ฟ ๐๐ผ๐๐ถ๐ฎ๐น ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ
Ada banyak jenis puzzle yang memerlukan kerja sama dengan orang lain.
Hal ini akan mendorong anak untuk bermain bersama-sama, baik dengan ibu bapa ataupun kawan sebayanya.
7๏ธโฃ๐ ๐ฒ๐ป๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฐ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ
Permainan puzzle dapat memberikan dorongan pada anak-anak untuk menyelesaikan dan mencapai sesuatu matlamat. Secara tak langsung, hal tersebut memberikan dorongan pada si Kecil untuk lebih percaya diri dalam mengatasi berbagai rintangan.