28/02/2023
Alhamdulillah pada hari sabtu yang lalu, PSSGMDQ telah mengadakan jamuan akhir silat bagi sesi 22/23.
Jamuan ini bertujuan untuk meraikan semua pesilat Darul Quran yang telah berjaya bersama dengan kelab silat ini dari awal sesi hinggalah akhir sesi ini.
Selain itu, jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan barisan pimpinan PSSGMDQ sesi 22/23 yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelab silat di Darul Quran terus aktif dan berkembang.
Di samping itu, barisan pimpinan baru iaitu pimpinan sesi 23/24 juga tulah diperkenalkan kepada semua ahli silat.
Semoga Allah SWT memberkati dan meredhai segala usaha pimpinan yang lama serta memudahkan urusan pimpinan yang baru untuk mentadbir kelab silat Darul Quran lebih maju dan hebat✊🏻
*Turut hadir gurulatih2 Cikgu Azim dan Cikgu Ummi