BAS Outdoor

BAS Outdoor * Outdoor Gear
* Trip Organizer at Jelawang State Forest
* Recreational Instructor

07/04/2018

walaupun Parlimen bubar tapi jangan bubar semangat brotherhood dalam dunia outdoor

Pre-Order !!!!!!!Pre-Order !!!!!!!Pre-Order !!!!!!!Pre-Order !!!!!!!Berita baik pada mereka yang terlibat dalam aktiviti...
11/02/2018

Pre-Order !!!!!!!
Pre-Order !!!!!!!
Pre-Order !!!!!!!
Pre-Order !!!!!!!

Berita baik pada mereka yang terlibat dalam aktiviti berikut

* Hiking
* Outdoor
* Rekreasi
* 4x4 Powil Drive
* s**a berkelah

Dapatkan set memasak yang Ultralight, Kompak dari kami dengan harga Pre-order dan anda jimat sebanyak RM 50.00 dari harga runcit.

Sila lihat gambar di bawah dan klik link wasap kami untuk menempah set memasak pilihan anda.

Kami juga memberikan kepada anda POS PERCUMA!!!! untuk SELURUH MALAYSIA.

SET A - RM 250 (RRP : RM 299)
SET B - RM 270 (RRP : RM 319)
SET C - RM 350 (RRP : RM 399)

http://BASOutdoor.wasap.my/
http://BASOutdoor.wasap.my/
http://BASOutdoor.wasap.my/
http://BASOutdoor.wasap.my/

(barang akan sampai dalam masa 20 hari paling awal dari luar negara)

TRANS JELAWANG siri 1/201817-21 Mac 2018Trans Jelawang - 10 puncak1. Gunung Kob -1,240m2. Gunung Baha - 1,450m3. Gunung ...
10/02/2018

TRANS JELAWANG siri 1/2018

17-21 Mac 2018
Trans Jelawang - 10 puncak

1. Gunung Kob -1,240m
2. Gunung Baha - 1,450m
3. Gunung Ayam - 1,500m
4. Gunung Che Tahir - 1,430m
5. Gunung Saji - 1,285m
6. Gunung Tera -1,555m
7. Gunung Padang Ragut - 1,400m
8. Gunung Menyelit -1,345m
9. Gunung Stong - 1,420m
10. Gunung Beirut...-1,380m

1. Tour price per pax: RM250.00 Deposit 50% RM125.00

a. Refund policy: –

– Event cancellation by BAS Outdoor
**Full refund – 100% of the amount paid is returned to the payer.

– Event cancellation by natural disaster
**Full refund if cancellation before trip.
**50% will be refund back if cancellation during event.

– Registration cancellation by participant
**50% will be refund back if cancellation 1 month before trip.
**No refund for trip if cancellation within 1 month trip.
**50% refund if have replacement within 7 days cancellation.

– Time limit
**Refund can only be issued 14 days after event.

Trip Package Includes

- Forestry permit.
- Mountain guides.
- Entrance fee.
- Ration 5 days 4 nights.
- Camping equipment.
- Basic first aid.
- Fly and ground.
- Crews.

Trip Package Excludes

- Transport to destination.
- Porter.
- Personal Snack.

untuk keterangan lanjut sila wasap. link bawah

http://BASOutdoor.wasap.my/

02/02/2018
26/01/2018

JIN PERKAMPUNGANNYA ADALAH HUTAN JADI TERLEBIH DAHULU KITA BERDOA UNTUK DILINDUNGI.

PANTANG LARANG KETIKA DI DALAM HUTAN

1. PERCAKAPAN & TINGKAH LAKU

Ini merupakan perkara paling basic apabila kita hendak masuk ke hutan. Umpama masuk kerumah orang kenalah dijaga tingkah laku, kalau di rumah, jika buruk tingkahlaku, biadap tuturcara nya, mungkin dihalau oleh tuan rumah. Bezanya di hutan, mungkin situasi tersesat, disorok bunian akan berlaku. Apabila di hutan, kurangkan bercakap kerana takut kita berkata atau melakukan sesuatu yang tidak betul tanpa kita sedar. Kita harus sedar setiap langkah gerak geri kita diperhatikan, cuma kita tidak nampak.

2. TELUR & DAGING

Selalunya apabila berkhemah di dalam hutan, dua benda ini jarang dibawa kerana pada dasarnya ia adalah makanan makhluk bunian. Pernah terjadi sekump**an pendaki yang mendaki membawa sepapan telur untuk digoreng apabila tiba di atas puncak. Pabila malam untuk sesi makan malam, mereka terkejut kerana semua telur yang masih elok, apabila dipecahkan didapati isinya kosong. Kata orang asli, ia umpama "cukai" yang dikenakan.

Daging p**a merupakan penarik untuk haiwan-haiwan datang kerana baunya yang kuat, lagi-lagi apabila dipanggang. Kalau hendak dibawa juga tiada masalah tetapi risikonya ditanggung sendiri.

3. RUMPUT MATI & KAWASAN LAPANG

Apabila melalui sesuatu kawasan, haruslah kita peka dengan keadaan sekeliling. Jika kita melalui sesuatu kawasan yang menghijau rumputnya tetapi terdapat sekelompok kawasan yang rumputnya sudah mati, elakkan melalui kawasan tersebut. Kebiasaannya, kawasan tersebut merupakan tempat untuk orang asli membuang bisa. Bisa hutan ini bermacam, tidak kira yang nampak atau tidak nampak.

Jika kita melalui kawasan lapang p**a yang seakan dibersihkan, jangan melalui kawasan tersebut ataupun mengotorkan tempat itu. Nanti ada p**a yang disumpit atau parang terbang. Kebiasaannya ia adalah tempat orang asli untuk bercucuk tanam. Cara yang terbaik adalah cuba cari jalan lain atapun lalu di tepi tempat tersebut.

4. AKAR BERJUNTAI

Orang tua selalu berpesan, "Jangan digayut akar berjuntai, nanti ada teman mengintai".Nampak menarik bila kita ternampak akar pokok yang berjuntai seperti dalam filem Tarzan tu. Tetapi harus diingat, kebiasaannya ia adalah tempat orang bunian untuk bergayut / berbuai. Salah satu tempat bermain dan bergayut bagi orang bunian adalah akar yang berjuntai. Apa jadi apabila tempat permainan kita diganggu orang luar?. Pasti akan timbul rasa tidak puas hati. Sama juga orang bunian, peluang anda untuk disorok adalah tinggi.

5. MEMAKAI WANGIAN

Ingatlah, hutan bukanlah tempat untuk kita membeli belah atau bergaya. Hutan adalah tempat dimana penghuninya mempunyai seribu ragam. Setakat deodorant untuk mengelakkan ketiak masam mungkin tidak menjadi masalah. Andai disembur wangian mahal yang di beli di Pavilion mungkin mendatangkan bermacam masalah.

Ada haiwan yang alah pada wangian, ada juga yang tertarik pada wangian. Deria bau yang ada pada haiwan sangatlah hebat. Bukan seperti manusia, hanya mampu mengesan bau beberapa meter sahaja. Kebanyakan haiwan mampu mengesan bau berkilometer jauhnya. Andai wangian tersebut menarik haiwan yang tidak berbahaya, anda bernasib baik. Andai pak belang ataupun babi hutan yang timbul, lari tidak jejak tanah nanti.

6. TAPAK KAKI RUSA

Harus diingat, pemangsa utama rusa adalah harimau. Selalunya apabila ada rusa, dibelakangnya harimau mengikut. Apabila ternampak kaki rusa atau kelibatnya, jangan berasa seronok dapat melihat rusa sebesar kereta kancil. Kemungkinan besar sang belang menanti di belakang. Silap-silap rusa ditinggalkan, anda yang dia tunggu.

7. PANGGILAN NAMA

Sepanjang berada di dalam hutan, kurangkan menyebut nama haiwan secara terus. Contohnya harimau, boleh dipanggil Maybank. Seperti ketika zaman sekolah, ada panggilan tertentu kepada rakan-rakan yang hendak dikutuk tanpa dia tahu. Sama juga apabila berada di dalam hutan.

Jika berjalan secara berkump**an, jangan s**a menjerit ataupun memanggil nama kawan. Takut-takut ada benda lain yang menyahut. Benda ini banyak kali terjadi pada pendaki ataupun kaki pancing.

8. BERKHEMAH

Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum kita mendirikan khemah untuk bermalam. Jika berkhemah di kawasan aliran sungai / air terjun, jangan dirikan khemah terlalu hampir di kawasan tersebut. Lebih molek andai jauh sedikit dari kawasan tersebut dan kawasan perkhemahan agak tinggi kerana apabila hujan, kawasan yang rendah akan ditenggelami air apabila datangnya KEPALA AIR. Jika ada batu besar berhampiran aliran air, tandakan batu tersebut sebagai penunjuk paras air.

Elakkan berkhemah di bawah pohon buluh. Rimbunan buluh dan daun yang sudah mati kebiasaannya dihuni oleh makhluk berbisa seperti ular. Andai tiada tempat, bersihkan dulu kawasan tersebut dan pastikan kawasan sekeliling ditabur dengan belerang untuk tujuan keselamatan. Pohon buluh juga amat sinonim dengan makhluk khalus yang menjadikan pohon tersebut sebagai tempat tinggal.

Tidak digalakkan berkhemah di bawah pokok yang mempunyai ranting yang reput kerana kemungkinan khemah anda akan dihempap dahan patah terutama ketika musim hujan. Periksa dahulu pokok yang ingin dijadikan kawasan teduhan sebelum dijadikan tempat tidur.

9. MAKANAN

Setelah penat mendaki, pasti anda lapar. Apabila memasak, pastikan kuantitinya sesuai dengan kehendak perut anda. Jangan ada sisa makanan yang ditinggalkan ataupun lebihan makanan yang tidak dimakan. Kebanyakan haiwan amat peka pada bau makanan. Umpamanya, apabila terbiasa dengan nasi bujang tetapi tiba-tiba disajikan dengan nasi beriani line clear penang, nafsu makan anda pasti mencanak tinggi. Sama juga bagi haiwan seperti beruang, harimau dan lain-lain. Jangan terkejut ketika tidur, khemah anda diselongkar beruang ataupun gajah.

10. UNGGUN API

Kebanyakan orang melihat unggun api digunakan untuk memasak, memanaskan air dan sebagai pencahayaan. Seeloknya, sediakan kayu api yang mencukupi untuk sepanjang malam dan jangan biarkan unggun api terpadam sehingga terbitnya fajar. Andai terdapat ahli kump**an seramai 5 orang,pastikan terdapat lima batang kayu yang berbara. Ia boleh dijadikan sebagai senjata andai pak belang, beruang atau gajah datang melawat, melainkan anda merupakan seorang komando ataupun orang asli.

11. BUNYI BISING

Kadangkala ada rakan mengeluh kerana bunyi cengkerik dan berbagai lagi yang didengari ketika mereka tidur di khemah. Itu adalah normal. Yang tidak normalnya apabila keadaan sekeliling menjadi sunyi sehingga dengkuran tidur rakan anda yang menyakitkan telinga. Menurut orang asli, apabila keadaan menjadi sunyi secara tiba-tiba, itu menandakan terdapat haiwan yang besar sedang memerhatikan kita. Andai ada bahan letupan seperti mercun, bakarlah mercun tersebut. Sekurang-kurangnya ia dapat menghalang haiwan liar daripada mendekati kita. Tetapi janganlah membakar mercun seperti sambutan hari raya, kelak akan dimaki rakan-rakan.

12. SULUH TIDAK TENTU ARAH

Apabila malam, jangan s**a menyuluh di kawasan yang tidak penting. Takut tersuluh "secret admire" bermata merah p**a nanti. Petua juga mengatakan kurangkan menyuluh muka rakan-rakan terutama ketika tidur.

CREDIT : .

12/01/2018

11 puncak yang terletak di dalam Taman Negeri Gunung Stong ialah mengikut ketinggian ialah

Gunung Noring Timur (1,861m) * Terletak sempadan Jeli
Gunung Tera (1,555m)
Gunung Ayam (1,504)
Gunung Baha (1,450m)
Gunung Chik Tahir (1,430m)
Gunung Stong (1,422m)
Gunung Padang Ragut (1,400m)
Gunung Beirut (1,380m)
Gunung Nyelit (1,345m)
Gunung Saji (1,284m)
Gunung Kob (1,240m)

Puncak Gunung Stong dikenali sebagai Batu oleh penduduk sekitar kerana puncaknya berada di atas sebiji batu besar dan pe...
10/01/2018

Puncak Gunung Stong dikenali sebagai Batu oleh penduduk sekitar kerana puncaknya berada di atas sebiji batu besar dan pendaki harus memanjat tangga yang disediakan untuk menamatkan pendakian di Gunung tersebut. Lebih mengagumkan apabila terdapat beberapa ekor tupai yang tinggal di atas pokok yang tidak takut kepada manusia mendiami di puncak tersebut. Jika anda ingin mendaki jangan lupa kacang atau kuaci dibawa bersama sebagai makanan kepada tupai yang digelar J***y. Cuma letak atas tapak tangan dan hulutkan kepada mereka. Mereka akan segera mendekati kita.

Beza ketinggian Gunung Baha, Gunung Ayam dan Gunung Stong.
10/01/2018

Beza ketinggian Gunung Baha, Gunung Ayam dan Gunung Stong.

9 gunung di Hutan Jelawang tapi hanya 3 yang femes
10/01/2018

9 gunung di Hutan Jelawang tapi hanya 3 yang femes

10/01/2018

Siapa yang pernah sampai Baha, Ayam, Stong?

Address

No 1
Kuala Krai
18000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BAS Outdoor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share