Kolam air Panas Ara Panjang, Lempor, Manong, Kuala Kangsar

Kolam air Panas Ara Panjang, Lempor, Manong, Kuala Kangsar Nama asalnya adalah bendang Ayo angat Kolam Air Panas

Lelaki yang Menjinakkan Serangan Kemarau musim Padang Pasir: Kisah Yacouba SawadogoBagaimanakah seorang lelaki yang tida...
26/05/2026

Lelaki yang Menjinakkan Serangan Kemarau musim Padang Pasir: Kisah Yacouba Sawadogo

Bagaimanakah seorang lelaki yang tidak tahu membaca, tidak pernah menjejakkan kaki ke menara gading, mampu melakukan apa yang gagal dilakukan oleh pakar-pakar terhebat dari negara sendiri dan anak didik dengan sistem Eropah?

Ketika sains moden angkat tangan menyerah, dan teknologi mahal bernilai jutaan dolar menemui jalan buntu, seorang lelaki di Burkina Faso bangkit mengurus takdir alam.

Ini bukan sekadar cerita tentang bercucuk tanam.

Ini adalah epik tentang seorang lelaki yang "berperang" dengan kemarau, ditentang oleh bangsanya sendiri.

Namun akhirnya berjaya memaksa bumi yang mati untuk kembali bernyawa.

Dia ialah

**Yacouba Sawadogo**

lelaki yang menghentikan kemarau.

Di Mana Harapan telah Mati

Pada tahun 1970-an, sebuah desa di Burkina Faso bertukar menjadi neraka dunia.

Kemarau panjang melanda tanpa belas kasihan. Tanah yang dahulunya memberi rezeki.

Kini bertukar keras bagai batu, merekah seribu. Tanaman mati, ternakan tewas, dan manusia mula hilang punca.

Satu demi satu penduduk mengemas barang, meninggalkan tanah leluhur mereka demi kelangsungan hidup.

Putus asa telah menang.

Namun, di tengah-tengah padang gersang yang ditinggalkan itu, Yacouba memilih untuk bertahan.

Dia tidak ada pengiktirafan dari mana institusi yang memberi segelai kertas ijazah, tetapi dia memiliki sesuatu yang lebih berharga:

**pemerhatian yang tajam dan jiwa yang tidak reti mengaku kalah.**

Ketika orang lain melihat tanah yang mati, Yacouba melihat sebuah peluang.

Dia menghidupkan semula

*Zaï*

sebuah teknik kuno yang telah diwarisi tetapi sudah lama dilupakan dan ditelan zaman malahan dipandang hina.

Berjalan sendiri di selar dan dicaci Maki

Setiap hari, di bawah terik matahari yang membakar kulit, Yacouba menghayun cangkulnya.

Dia menggali lubang demi lubang sedalam enam inci.

Bukan sepuluh, bukan seratus, tetapi beribu-ribu lubang! Di dalam lubang-lubang gersang itu, dia mengisinya dengan kompos dan tinja haiwan.

Melihat kegilaan itu, orang kampung mula berbisik, malah ada yang menghamburkan tawa dan perli.

"Lihat si gila itu, dia sedang menggali kuburnya sendiri,"

mungkin itu yang meniti dari mulut ke mulut. Umpatan keji manusia.

Tetapi Yacouba?

Dia menutup telinga daripada kata-kata manusia, dan membuka matanya kepada bahasa alam.

Apabila titisan hujan yang mula sangat jarang itu jatuh ke bumi, Yacouba dengan segera menyemai benih dan pokok di dalam lubang tersebut.

Ajaibnya, bumi mula membalas. Kawasan yang diusahakannya mula bertukar hijau.

Di saat tanah jiran sekering kontang padang pasir, tanah Yacouba mula membuahkan hasil.

Kebun Dibakar, Jiwa Tak Terbakar

Kejayaan selalunya mengundang dengki oleh orang merasa terhina bahawa kejian yang disumbang hanya menyerlahkan kebodohan diri sendiri.

Melihat kebun Yacouba yang menghijau sendirian, segelintir penduduk desa menuduhnya

"mengganggu alam"

dan menggunakan sihir.

Dalam satu malam yang gelap, kebun yang dibelai dengan keringat dan air mata itu dibakar rakus.

Abu hitam berterbangan, memusnahkan segalanya.

Bayangkan hancurnya hati seorang tua melihat usahanya bertahun-tahun bertukar menjadi arang dalam sekelip mata.

Adakah Yacouba menangis dan menyerah kalah?

**Tidak.**

Kebunnya boleh dibakar, tetapi api perjuangan di dalam dadanya tidak akan sesekali mampu dipadamkan.

Keesokan harinya, dia bangun, memegang cangkul yang sama, dan memulakan semula dari lubang yang pertama.

Kepintaran Di Sebalik Rahsia Anai-Anai

Orang kampung tidak faham, tetapi alam faham.

Teknik *Zaï* Yacouba

sebenarnya adalah satu simfoni ekologi yang genius.

Kompos yang diletakkan di dalam lubang itu menarik perhatian jutaan anai-anai dari jauh di dalam bumi.

anai anai yang bersembunyi dalam tanah bersedia berkerja semula.

Anai-anai ini menggali terowong-terowong kecil dari bawah tanah ke permukaan untuk mengambil makanan.

Tanpa sedar, makhluk kecil ini telah mencipta sistem pengairan mikro (*micro-irrigation*) semulajadi.

Apabila hujan turun, air tidak mengalir sia-sia di atas tanah yang keras, sebaliknya diserap masuk jauh ke dalam terowong anai-anai tersebut, tersimpan kemas sebagai takungan air bawah tanah.

Itulah sebabnya, walau kemarau panjang datang melanda, tanaman Yacouba tetap tegak berdiri, menghirup nutrisi dan air dari dada bumi.

# # # Detik Kemenangan Sebuah Keikhlasan

Melihat keajaiban yang tidak dapat dinafikan lagi, penduduk desa yang dahulunya mengejek akhirnya akur.

Mereka datang melutut ego, memohon maaf, dan meminta untuk belajar.

Yacouba tidak berdendam.

Dengan senyuman seorang ayah, dia mengajar teknik itu kepada semua orang, malah melangkaui sempadan negara jiran.

Semuanya diajar secara **percuma**.

Dia tidak mahu paten, dia tidak mahu royalti.

Dia hanya mahu melihat manusia tidak lagi kelaparan.

Pada tahun 2018, ketika dunia mula membuka mata dan menganugerahkannya pelbagai pengiktirafan antarabangsa, Yacouba menuturkan kata-kata yang menyentuh nubari sesiapa sahaja:

"Saya tidak berpeluang membina rumah yang sempurna.

Walaupun usia saya sudah 75 tahun, saya hanya memiliki seekor keldai dan sebuah kereta sorong.

Satu-satunya kekayaan yang saya ada ialah hutan yang saya tanam ini."

Bayangkan selama hidup 75 tahun hidup,

mengubah 40 hektar padang pasir menjadi hutan rimba yang merimbun,

menyelamatkan ribuan nyawa daripada kebuluran,

namun aset dunianya hanyalah seekor keldai tua dan sekeping kereta sorong.

Jiwanya terlalu besar untuk dihina dan disilaukan oleh harta dunia.

Pulangnya Seorang Wira Bumi

Pada tahun 2023, lelaki pintar ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Dia pergi meninggalkan sebuah warisan hijau yang akan terus bernafas untuk generasi akan datang.

Sebuah amal jariah yang berterusan.

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, menerima segala amal jariahnya, dan menempatkan beliau di kalangan para solihin. Amin.

---

Refleksi Untuk Kita: Apa "Kebun" yang Kita Gali Hari Ini?

Kisah Yacouba Sawadogo adalah tamparan hebat buat kita semua.

Seringkali, apabila kita ingin melakukan kebaikan atau memulakan sesuatu yang luar biasa, kita disekat oleh rasa takut—takut gagal,

takut dikecam, takut berjalan sendirian.

Yacouba mengajar kita bahawa:

Kebaikan tidak memerlukan kelulusan atau pengiktirafan manusia.

Teruskan melangkah walaupun orang sekeliling memandang serong.

Keikhlasan adalah akar yang paling kuat.

Walau disabotaj dan "dibakar" berkali-kali, jika niat sebagai muslim kerana memberi manfaat kepada makhluk sebagai ibadah mendekatkan diri dengan tuhan,

kita akan sentiasa ada kekuatan untuk bangkit semula.

Kekayaan akhirat sebenar bukanlah apa yang kita kumpul, tetapi apa yang kita tinggalkan.

Jangan tunggu keadaan menjadi sempurna untuk membuat perubahan.

Mulakan hari ini. Gali "lubang" kebaikan anda sendiri, isi dengan keikhlasan, dan biarkan masa serta takdir Tuhan menumbuhkan hasilnya menjadi sebuah hutan pahala jariah yang tidak akan pernah mati. Insya-Allah.

Beliau mungkin tak berpeluang melihat pujian manusia dengan segala sijil dan pengiktirafan manusia.

tetapi beliau berpeluang mendapat pahala jariah berterusan selagi mana usaha dan amal ibadahnya dimanfaatkan.

16/05/2026

Buktikan anda bukan calon boayaan taukeh judi dan taukeh arak.

16/05/2026
Melaka 1511
14/05/2026

Melaka 1511

11/05/2026

Antara wasiat Perahu yang ditukar nama menjadi wasiat Perabu.

Maka, dengarlah wahai sidang pembaca, akan sebuah hikayat yang merayap dari celah-celah akar sejarah dan rimbunnya hutan belantara, tentang sebuah wasiat yang hampir ditelan zaman. Ini bukan sekadar catatan, melainkan bisikan angin yang membawa bau kemenyan dan air masin, kisah Wasiat Perahu.

I. Sang Parehu: Nakhoda Langit dan Bumi
Al-kisah, kira-kira 3000 tahun sebelum masihi, ketika dunia masih muda dan peta hanyalah bayangan di ufuk timur, muncul seorang nakhoda agung bernama Sang Parehu. Namanya adalah gema daripada kata Peraih—sang perantara, jambatan antara timur yang subur dan barat yang haus akan keajaiban.

Beliau membelah samudera dengan sebuah bahtera yang mustahil akal, Malaya Gergasi. Di dalam perut kapal itu, beliau tidak hanya membawa kayu, tetapi sebuah hutan kecil—pokok-pokok dan tanaman dari tanah tinggi Asia Tenggara yang dibawa merentasi dunia. Sang Parehu belayar sejauh Mesir, membekalkan getah kapur yang sakti, yang digunakan oleh para firaun untuk memandikan mayat agar jasad mereka kekal harum dalam keabadian mumi.

Di Tanduk Afrika, Sang Parehu menemui cintanya. Seorang wanita Somalia bernama Ratu Hati, berdarah campuran Arab dan Nubian. Di mata Sang Parehu, tubuh Ratu Hati yang gempal adalah simbol kemewahan dan kesuburan, satu kontras yang indah buat susuk tubuhnya sendiri yang kurus tegap dan liat ditempa garam laut.

II. Kerajaan Paghao dan Mestika Embun
Sekembalinya dari pengembaraan beribu batu, Sang Parehu membina sebuah kerajaan di lembah sungai yang paling jernih, dinamakan Paghao (Perahu). Baginda dikurniakan dua putra: Sayong dan Manong.

Demi mengelakkan sengketa, Sang Parehu mewariskan dua tebing sungai:

Tebing Kanan buat Sayong.

Tebing Kiri buat Manong.

Sebagai sumpah setia, baginda menyerahkan Mestika Embun, sebiji permata yang lutsinar dan jujur, melambangkan air sungai yang mengalir tanpa rahsia, menjadi saksi bahawa sungai itu harus dijaga dengan hati yang suci.

III. Gerhana Panjang dan Penghijrahan Agung.

Dua ribu tahun legasi itu bertahan, hinggalah tibanya tahun 536 Masehi. Langit tiba-tiba berubah menjadi jelaga. Matahari malu menampakkan diri selama 18 bulan. Tanaman mati, kebuluran merantai bumi. Malaya Gergasi yang keluar ke laut dalam tidak pernah kembali.

Sang Sayong, dengan keberanian yang tersisa, memimpin pengikutnya belayar ke selatan, melepasi garis khatulistiwa sekitar jambi—garis bencana—menyeberangi selat yang kini kita panggil Selat Melaka. Di sana, mereka menjadi pelarian, bertarung nyawa demi sesuap nasi di tanah baru.

Namun, darah Sang Perahu adalah darah pembina. Menjelang 600 Masehi, kerajaan di Selatan bangkit. Rangkaian laut yang terputus disambung semula, melahirkan Federasi Srivijaya pada 683 Masehi. Palembang menjadi pedang (pusat ketenteraan), Temasik menjadi tangan (perdagangan), dan Kataha (Kedah) dengan Gunung Jerai yang teguh menjadi mata bagi segala kapal yang masuk.

IV. Kejatuhan dan Kebangkitan Melaka
Zaman berputar, darah tertumpah. Dari serangan Chola pada 1025 Masehi yang rakus dengan cukai, hinggalah ke amukan Majapahit pada 1330 yang membinasakan Kota Gelanggi. Ayuthaya p**a datang bagai api yang menjilat Temasik.

Namun, pada 1400 Masehi, Melaka berdiri. Keturunan Manong tidak pernah mati; mereka kekal sebagai tulang belakang kerajaan. Salah seorangnya, sang negarawan ulung, dijemput menjadi Bendahara—beliau digelar Tun Perak.

V. Wasiat yang Terluka: Perahu menjadi Perak

Apabila Melaka jatuh pada 1511, Sultan Muzaffar Syah bersemayam di Kampar.

Beliau kemudian dijemput oleh Tun Saban ke tanah moyangnya di Sungai Perahu untuk menunaikan Wasiat Perahu.

Wasiat itu berbunyi: “Jika mahu bertakhta di tanah ini, janganlah dibawa mahkota kerajaan lama. Mahkota itu harus dijatuhkan ke muara, ke dalam dakapan sungai.”

Namun, Sultan Muzaffar Syah, yang lebih bangga dengan nasab Iskandar Zulkarnain dan Sang Sapurba, merasa wasiat itu hanyalah dongeng lisan yang usang.

Baginda enggan tunduk pada "cerita sang perahu". Maka, dengan satu titah yang mengubah sejarah, baginda menukarkan nama Sungai Perahu menjadi Sungai Perak.

Baginda lebih memilih kemilau logam yang berharga berbanding nostalgia sebuah bahtera purba dan lagenda pengembaraan purba. lebih mahukan kisah keturunannya dari langit dan menjadikan tumbuh tumbuhan menjadi emas.

Meskipun begitu, sultan tetap menghormati sebahagian wasiat; baginda dimakamkan di tebing sungai yang telah ditetapkan sejak zaman Sayong dan Manong lagi.

VI. Penutup: Bukit Chandan
Tiga ratus tahun berlalu, wasiat purba Sang Perahu kian pudar di celah-celah kertas perjanjian kolonial. Pada tahun 1874, pasca Perang Perak, berakhir sudah era "kerajaan tebing sungai" secara tradisi. Sultan Idris I membina istana di Bukit Chandan, meninggalkan tebing rendah dan beralih ke puncak bukit dengan alasan kerap banjir.

Kini, jika anda berdiri di tepi Sungai Perak dan melihat airnya berkilau, ingatlah bahawa di dasar sungai itu mungkin masih tersimpan serpihan Malaya Gergasi, dan di dalam aliran airnya, masih mengalir darah Sang Perahu yang pernah membawa harumnya Asia Tenggara hingga ke hujung dunia. malahan wasiat perahu diubah nama kepada wasiat perabu berbunyi sankskrit dan pelik.

Begitulah kisahnya, sebuah lagenda yang diceritakan untuk menghibur hati, menyambung rasa antara kita dan moyang yang pernah menguasai samudera.

10/05/2026
10/05/2026

Kenapa berleluasa

daun henlap... adalah panggilan gabungan kata dari menahan bagi gelap. Biasanya bila masuk hutan sekitar 1988-1990 daun ...
29/04/2026

daun henlap... adalah panggilan gabungan kata dari menahan bagi gelap. Biasanya bila masuk hutan sekitar 1988-1990 daun ni memang dicari buat menahan hujan dan bahaya gelap. sebagai dinding dan sekaligus bumbung.

Address

Kampung Ara Panjang
Kuala Kangsar
33000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolam air Panas Ara Panjang, Lempor, Manong, Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share