BRM FC Kuala Kangsar

BRM FC Kuala Kangsar Pasukan bola sepak BRM (BRM FC) telah diwujudkan pada tahun 2008 dan didaftarkan secara rasmi di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada tahun 2019.

Pasukan Bolasepak BRM telah melakar beberapa kejayaan yang terdiri daripada sebahagian besar anak tempatan.

17/09/2024

Buka pasukan bolasepak di Malaysia boleh jana pendapatan?

Usah nak labun!

Pasukan negeri yang ada beribu fans pun jenuh nak sustain, korek duit kerajaan negeri sana sini, apatah lagi kelab atau pasukan yang nama pun jenuh nak sebut macam kelab admin ni. Itupun mujur ade Kuale Kangsor hujung tu.

Siapa nak beli tiket datang game? Siapa nak beli merchandise? Nak harap Family playerje ? Cukup ke nak tampung gaji, kos pengurusan?

Sebenornye bukak kelab atau pasukan bola ni patutnya jadi hobi anak orang-orang kaye yang ada 2/3 juta lebihan yang dia rase kalo tak balik modei pun tak ngape.

Jangan le kome ingat kalo melabur dalam bola ni untung. 1 juta tu licin rope itu je.

Mesti akan ada yang cakap, carile sponsor.. ai mokk. Pasukan negeri yang ade beratus ribu followers di Media Sosial pun jenuh cari sponsor, ape tah lagi team name pun cedok name taman.

Kesimpulannya, boleh le kalo nak bukak pasukan atau kelab, tapi cukup le main liga YB ke 9 sebelah ke habuan nak lepas gian.

Mari le admin Machan Football Club follow teman mancin di Sg Perak. Kita sembang2. Kita kan senasib.
16/09/2024

Mari le admin Machan Football Club follow teman mancin di Sg Perak. Kita sembang2. Kita kan senasib.

Terima kasih Machan Football Club atas usaha kalian untuk mewarnai kancah bola sepak Malaysia!
Tiada lagi wakil Sarawak atau Borneo di Liga A1 Semi Pro!

MACHAN FC sah TARIK DIRI daripada menyertai Liga A1 Semi Pro Malaysia.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Oleh kerana kekangan dana yang dihadapi oleh Kelab Machan FC disamping kos penerbangan yang semakin meningkat naik, dengan ini Machan FC mengumumkan untuk menarik diri daripada Liga A1 Semi Pro Malaysia.

Pasukan Machan FC yang berasal dari Zon Tengah Sarawak dibawah Parlimen Kanowit adalah satu-satunya kelab tempatan yang mewakili Sarawak untuk ke Liga A1 Semi Pro Malaysia bagi menggantikan slot yang ditinggalkan oleh Sarawak United pada tahun lepas.

Seperti semua sedia maklum, Kelab Machan FC telah bergerak menggunakan dana sendiri sepanjang Liga A1 Semi Pro berlangsung. Kita juga telah mencuba untuk memohon dana daripada kementerian belia dan sukan Sarawak namun kita akur dengan jawapan Menteri yang bajet kementerian tidak merangkumi sponsorship untuk kelab-kelab Liga A1 yang dilihat sebagai Semi Pro.

Setelah 12 perlawanan dan hampir 6 bulan Pasukan Machan FC bersaing dalam Liga A1 Semi Pro, Pihak pengurusan kelab telah berbelanja hampir Rm 800 ribu duit sendiri dimana kos untuk pengangkutan sahaja, Sekali game away mencecah Rm 35 ribu sekaligus membebankan perjalanan Kelab.

Pihak kelab bertanggungjawab penuh diatas apa yang berlaku tanpa menunding jari kepada mana-mana pihak serta memohon Maaf kepada semua pemain, kerana hajat dan visi kelab untuk mengetengahkan bakat pemain tempatan bagi beraksi di peringkat kebangsaan tidak dapat diteruskan.

Saya selaku Presiden Pasukan Machan FC mengucapkan ribuan terima kasih kepada Amateur Football League, Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak serta Sarawak Sports Corporation kerana membantu kami menyediakan Venue sepanjang Liga berlangsung. Terima kasih juga kepada penyokong yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan menyokong perjuangan pasukan Machan FC dan saya akur dan redha yang kita perlu berdamai dengan Takdir. Sekian Terima kasih.

Presiden Machan FC : Azizi Fauzi.



Amateur Football League

Sumber: FB Machan Football Club

Aje bajang. Kalau betui ni memang admin tak redha tujuh keturunan. Awok dapat tajaan Aladdin Pro miker cancel, sampei tu...
07/06/2024

Aje bajang. Kalau betui ni memang admin tak redha tujuh keturunan. Awok dapat tajaan Aladdin Pro miker cancel, sampei tutup hauk team. Yang ini boleh pulak. Jangan main taik dik.

Kedah Darul Aman (Kedah) berkemungkinan bakal mendapat khabar gembira tidak lama lagi selepas ada ura-ura menyatakan penaja utama mereka bakal

Bismillah.. Assalamualaikum.AFL : Waalaikumussalam. Mike dah kene ban. Duduk diam mancing dkat sungei perak nun.
18/01/2024

Bismillah.. Assalamualaikum.

AFL : Waalaikumussalam. Mike dah kene ban. Duduk diam mancing dkat sungei perak nun.

MFL BUKA SEMULA PERMOHONAN LESEN LUAR BIASA KEPADA KELAB M3 AFL UNTUK SERTAI LIGA SUPER 2024-2025

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa badan pengelola liga bola sepak profesional negara itu akan membuka semula permohonan lesen luar biasa (extraordinary license) kepada semua kelab M3 Amateur Football League (AFL) untuk memohon lesen menyertai Liga Super 2024-2025.

Langkah proaktif yang dilakukan MFL ini diambil susulan keputusan First Instance Body (FIB) dan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) yang menolak permohonan Lesen Kebangsaan Kelantan FC untuk bertanding dalam Liga Super 2024-2025.

Permohonan lesen luar biasa ini dibuka semula kepada kelab-kelab AFL M3 berdasarkan kepada Perkara 4.5, 4.6 dan Annexe III Peraturan Pelesenan Kelab MFL.

“Ketiadaan Kelantan FC menyaksikan kekosongan slot ke-14 bagi saingan Liga Super musim ini.

“Justeru MFL telah meminta semua kelab M3 AFL yang berminat untuk mengemukakan permohonan lesen luar biasa ini pada 18 Januari 2024 dan proses penyerahan semua dokumen menerusi AFC CLAS akan bermula 19 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024,” jelas MFL dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Keperluan kriteria untuk mengisi slot Liga Super ini masih sama dengan kriteria permohonan luar biasa M3 AFL dan sub-kriteria iaitu Infrastruktur, Kakitangan & Pentadbiran, Sukan, Perundangan, Kewangan dan Perniagaan yang telah dinyatakan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

MFL akan memilih hanya satu kelab terbaik yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk mengisi slot ke-14 selepas ketiadaan Kelantan FC.

09/07/2023

Terima kasih atas pernyataan ini. Bukan hanya kami yang merasai, kelab lain juga merasai dan menghadapi perkara yang sama.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera .Dukacita dimaklumkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak BRM telah berse...
20/06/2023

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera .

Dukacita dimaklumkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak BRM telah bersetuju dengan sebulat suara agar pasukan ini menarik diri dari saingan MBSB Championship 2023 oleh kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kelab. Ini disebabkan oleh kerana beberapa syarikat penajaan yang telah tidak menunaikan janji seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili Kelab Bolasepak BRM memohon maaf kepada semua pemain dan pengurusan pasukan yang telah mencurahkan khidmat mereka di beberapa perlawanan yang telah diharungi pada musim ini.

Walaubagaimanapun, tunggakan gaji kepada semua pegawai dan pemain pasukan akan dilunaskan oleh kelab secara berperingkat mengikut jumlah sebenar yang layak diterima oleh mereka.

Kelab Bolasepak BRM juga mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemain dan pengurusan pasukan yang telah bersama kelab ini dari awal musim liga dijalankan.

Sekian terima kasih, Salam Hormat dari saya.

Ghafari Nasir
Ketua Pegawai Eksekutif
BRM FC Kuala Kangsar

😢
20/06/2023

😢

SIARAN MEDIA : PENARIKAN DIRI KUALA KANGSAR BRM FC DARI SAINGAN MBSB BANK CHAMPIONSHIP 2023

20 JUN 2023 : KUALA KANGSAR BRM FC sah menarik diri dalam selepas mengharungi sembilan perlawanan dalam saingan MBSB Bank Championship 2023.

Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan perkara ini selepas menerima surat makluman penarikan diri dari kelab yang berpengkalan di Kuala Kangsar itu.

“Kuala Kangsar BRM FC (KK BRM FC) telah secara rasmi menarik diri dari saingan MBSB Bank Championship menerusi surat yang dihantar kepada AFL pada 19 Jun 2023.”

“Kita telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu KK BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab telah nekad dengan keputusan mereka”

“AFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri KK BRM FC, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM FC,” katanya.

Tambah Datuk Wira Mohd Yusoff, rentetan penarikan diri KK BRM FC, perjalanan MBSB Bank Championship 2023 akan diteruskan mengikut perancangan sedia ada.

“Mengenai tindakan yang bakal dikenakan keatas KK BRM FC, keputusan rasmi akan ditentukan selepas Ahli Lembaga Pengarah AFL bermesyuarat dalam masa terdekat,” katanya.



HARI PERLAWANAN❕🟡⚫️MATCHDAY 9️⃣ MBSB BANK CHAMPIONSHIP 2023Kuala Kangsar BRM FC ❌ PIB Football Club 🗓17 Jun 2023🏟Stadium...
17/06/2023

HARI PERLAWANAN❕🟡⚫️

MATCHDAY 9️⃣ MBSB BANK CHAMPIONSHIP 2023
Kuala Kangsar BRM FC ❌ PIB Football Club
🗓17 Jun 2023
🏟Stadium Astaka, Sitiawan
⏰4.45 Petang

Ayuh turun stadium dan berikan sokongan kepada pasukan KKBRM FC!!

Terima kasih kerana terus berusaha keras! 🟡⚫️“The bond that links your true family is not one of blood, but of respect a...
12/06/2023

Terima kasih kerana terus berusaha keras! 🟡⚫️

“The bond that links your true family is not one of blood, but of respect and joy in each other's life.”

“Ikatan yang menghubungkan keluarga sejati anda bukanlah ikatan darah, tetapi saling menghormati dan berkongsi kegembiraan dalam kehidupan masing-masing”

📸 Perlis United vs Kuala Kangsar BRMFC | P8 | 10 Jun 2023

FULL-TIME RESULTS❕🟡⚫️MATCHDAY 8️⃣ MBSB BANK CHAMPIONSHIP 2023 (2) ❌ (1) Kuala Kangsar BRM FC 🗓️10 Jun 2023🏟Stadium UITM ...
10/06/2023

FULL-TIME RESULTS❕🟡⚫️

MATCHDAY 8️⃣ MBSB BANK CHAMPIONSHIP 2023
(2) ❌ (1) Kuala Kangsar BRM FC
🗓️10 Jun 2023
🏟Stadium UITM Arau, Perlis
⏰4.45 petang

HALF-TIME RESULTS❕🟡⚫️MATCHDAY 8️⃣ MBSB BANK CHAMPIONSHIP 2023 (1) ❌ (1) Kuala Kangsar BRM FC 🗓️10 Jun 2023🏟Stadium UITM ...
10/06/2023

HALF-TIME RESULTS❕🟡⚫️

MATCHDAY 8️⃣ MBSB BANK CHAMPIONSHIP 2023
(1) ❌ (1) Kuala Kangsar BRM FC
🗓️10 Jun 2023
🏟Stadium UITM Arau, Perlis
⏰4.45 petang

DEMI KUALE❕

Address

No. 6A, Persiaran Medan Suria, Medan Suria
Kuala Kangsar
33000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BRM FC Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BRM FC Kuala Kangsar:

Share

Category