01/12/2017
DARI SEGEROMBOLAN SAHABAT BUAT SEORANG SAHABAT
1. Penganjur - TOK MOH F.C
2. Urusetia program
3. Pasukan-pasukan yang berentap - TOK MOH FC, Jias Fc, OLD BOYS 08 dan pasukan LIGA BOLA SEPAK RAKYAT KUALA KANGSAR
4. Para sahabat lain yang hadir menonton
5. Keluarga Almarhum Faliq Fadzel @ Palie
Kelima-lima entiti tersebut telah bergabung padu dalam perlawanan amal bola sepak di Stadium Mini Kuala Kangsar pada petang kelmarin. Ianya dianjurkan khusus bagi mengenang kembali pergerakan, karektor dan kemahiran Palie ketika bermain bola sepak.
Suatu ketika dulu, aksi Palie pernah mewarnai TOK MOH FC, JIAS FC dan OLD BOYS 08.
Penganjuran bersejarah dan beremosi itu telah diabadikan oleh Sinar Harian dalam penerbitan artikel pada Jumaat yang penuh barokah hari ini.
📰 Sinar Harian (Edisi Perak)
📆 1 Disember 2017, Jumaat
📄 Mukasurat 19
Selayaknya pujian buat TOK MOH FC kerana menzahirkan perencanaan penganjuran dengan jayanya.
Tahniah kepada pengacara dan pengulas tunggal secara langsung program tersebut, saudara Zaidi Zamani yang berjaya mengelola penganjuran dengan lancar.
Tahniah juga buat para sahabat dan hadirin lain yang turut datang bermain, menonton dan menderma.
Juga setinggi-tinggi penghargaan buat keluarga Palie, walaupun masih bersedih atas pemergian arwah, tetap hadir sebagai tanda sokongan kepada solidariti segerombolan sahabat Palie.
Sumber asal Syful tamar